Friday, March 27, 2009

Afwan akh, ana busy la..

Alhamdulillah, dapat jua akhirnya saya menulis hari ni setelah lama 'break'. Maaf sangat2 kepada pengunjung setia blog ni. Jazakumullahukhairan kathira kerana sentiasa memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis serba sedikit perkongsian untuk dijadikan pedoman serta bekalan dalam mencari keredhaan Allah SWT..InsyaAllah.

"Afwan akh, ana x dapat join liqa' hari ni. Ada meeting"
"Afwan akh, ana busy la..banyak assignment nk kena siapkan. So, x dapatlah join liqa' hari ni"
"Afwan akh, ana x dpt join liqa' hari ni. Dah janji ngan member nak outing."

Itulah serba sedikit alasan yang sering diberikan oleh kita apabila diajak liqa' bersama. Alasan busy/sibuk sering dijadikan alasan yang paling popular untuk tidak menghadiri program. Tak terkecuali juga diri penulis yang dhaif ini. Baru-baru ini ana sempat berdiskusi dengan ikhwah Indonesia. Kata ikhwah tersebut, "kenapa ramai yang mengalahkan program dakwah & tarbiyah dengan program lain. Sedangkan liqa' hanya seminggu sekali je. Lagipun memang dah ditetapkan hari, waktu dan tempat setiap minggu. Tapi yang menjadi masalahnya, bila ada agenda lain, program DnT juga yang dikalahkan (dikorbankan). Contohnya seperti alsan-alasan di atas. Kenapa kita sanggup tinggalkan dakwah kerana nak outing bersama kawan-kawan? Kenapa mesti hari tu nak siapkan assignment? Kenapa x siapkan awal-awal lagi. Program DnT bukannya lama sangat pun. Itupun sekali seminggu je.

Bagaimana sanggup kita menggelar diri kita sebagai seorang daie sedangkan kita tak sanggup mengorbankan masa walau sedikitpun. Itu belum lagi pengorbanan harta dan jiwa seperti para sahabat2 Rasulullah SAW. Adakah kita masih bermain-main dengan dakwah?? Habis, bila kita nak serius? Ummat sekarang semakin hari semakin parah. Bilakah masanya kita akan bersungguh-sungguh?

Hakikat sebenarnya masih ramai yang ingin mengikuti program-program Islami. Ingin menikmati kelazatan Islam dan iman yang sebenar. Tengok saja di UMP sendiri, ramai sebenarnya yang berminat. Namun, tidak ramai yang sedar dan mengambil peluang untuk mendekati mereka.

Program Islami tidak cukup dengan mengadakan ceramah-ceramah sahaja. Tidak juga lengkap dengan sambutan Maulidurrasul, Maal Hijrah dan lain-lain. Hakikatnya ia perlu datang bersama dengan program-program tarbiyah. Kerana dalam proses tarbiyahlah seorang murabbi dapat mengenali serta memahami mad'unya. Analoginya cukup mudah. Mana mungkin seorang penceramah bisa mengenali satu persatu 'audience' yang berada di hadapannya. Tapi ia berbeza dengan proses tarbiyah. Seolah-olah menjadi kewajipan bagi seorang murabbi untuk mengenali dan memahami mad'u-mad'u yang bersama mengikuti program dengannya.

Maaf banyak-banyak kalau perkongsian saya ini mengguris hati para pembaca. Namun, perkongsian inilah yang harus dikongsi untuk menguatkan semangat dan jiddiyah kita terutama sekali kepada diri saya sendiri. Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.

http://www.harmoni.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=65:afwan-akh-ana-busy-la&catid=79&Itemid=83

No comments: