Sunday, July 19, 2009

AH1N1...Satu Peringatan dari Allah

Assalamualaikum wbt...

Firman Allah SWT:

"Katakanlah, tidak kudapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi - kerana semua itu kotor - atau haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah. Tetapi barangsiapa terpaksa bukan kerana menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-an'am:145)

Wabak selsema babi semakin menular dari hari ke hari dengan mengambil tempoh selama hampir 6 minggu untuk merebak ke seluruh dunia. Di Malaysia sendiri, kes terkini yang diserang wabak ini ialah seramai 574 kes sejak pertama dikesan Mei lalu.

Pelbagai langkah yang disarankan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Antaranya ialah merenggangkan diri daripada orang ramai (social distancing) seperti mengurangkan perjumpaan, mengamalkan "etika batuk", kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik. Di sini kita dapati betapa indahnya ajaran Islam yang mewajibkan kita mengambil air sembahyang setiap kali mahu solat lima waktu. Oleh itu, sesiapa yang menjaga solat lima waktu dan suka berwudhu' insyaAllah akan dijauhkan daripada penyakit selsema babi ini. Begitu juga Islam menggalakkan kita supaya membasuh tangan setiap kali mahu makan.


Kisah Menarik Tentang Babi

Kisah perbualan antara seorang ilmuan dengan ulama. Topik perbualan membincangkan fiqh semasa mengenai babi. Kenapakah babi diharamkan dan bolehkah babi menjadi halal? Ikutilah perbualan mereka.

Ilmuwan: Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukankah mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih ini akan menjadi halal?

Ulama: Haramnya babi bukan kerana hal itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam.

Ilmuwan: Apakah itu?

Ulama: Cuba anda buat 2 kandang. Satu kandang anda isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Satu kandang lagi anda isi dgn 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yg akan terjadi pada masing-masing di kandang tersebut? Bisakah anda meneka nya?

Ilmuwan: Tidak.

Ulama: Mari kita lihat sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. Yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yg menang atau kalah. Dan itu adalah sesuai dengan kudrat & fitrah manusia yang diciptakan.

Ilmuwan: Pada kandang babi?

Ulama: Ini yang menarik. Pada kandang kedua itu, 2 ekor babi jantan itu tidak berkelahi untuk memperebutkan babi betina tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan homoseksual antara kedua ekor babi jantan tersebut setelah selesai dgn si betina. Hal inilah yang jelas-jelas bertentangan dgn fitrah umat manusia. Bila umat Islam ikut-ikutkan memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat & karakteristik seperti babi ini..

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepadaKu. Pada hari ini telah sempurnakan untuk kamu agamamu,dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Maidah: 3).


Babi dan Pandangan Tokoh-Tokoh Perubatan China

Sekarang kita akan lihat pula pandangan daripada beberapa orang tokoh perubatan China yang dipetik daripada buku Perubatan Islam karya Dr.Danial Zainal Abidin.

Orang-orang Cina banyak membuat pengamatan dan kajian berkenaan babi dan sesetengah pandangan mereka dibukukan untuk pengetahuan umum. Sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu Yan Show Tan iaitu sebuah jurnal berkenaan kepanjangan usia menyebutkan, "Pada saat kematian, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memasuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat melainkan daging babi. Jangan makan dagingnya."

Di zaman Dinasti Tang ada seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau hidup sampai ke umur 100 tahun dan mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan). Di antara isinya ialah: "Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asma."

Pada zaman Dinasti Ming pula, ada seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch'en. Beliau amat dihormati dan mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Materia Medica dan berkenaan daging babi beliau berkata, "I boleh mendatangkan kesan yang berbahaya." Secara umumnya tokoh-tokoh China zaman dahulu melarang seseorang memakan daging babi kerana pelbagai kemudaratan boleh menimpa ke atas orang yang memakannya.

Begitulah hakikatnya...beruntunglah kita menjadi seorang Muslim kerana awal-awal lagi Allah melarang kita memakan binatang tersebut. Kerana sesungguhnya apa yang diharamkan oleh Allah itu pasti tersembunyi hikmah di sebaliknya. Wallahua'lam.

Monday, July 13, 2009

Hijab Martyr

Assalamualaikum wbt...

Dr. Marwa El-Sherbiny...itulah nama seorang shahidah Islam yang mati ditikam sebanyak 18 kali kerana mempertahankan hijab.
Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un...

video

Dr. Marwa yang berasal dari Mesir merupakan seorang Pharmacist dan isteri kepada seorang mahasiswa doktor falsafah di Dresden, Jerman. Pada bulan Ogos 2008 ketika sedang bermain dengan putranya di taman permainan, Marwa telah dimaki-maki oleh Alexander W, 28 dan digelar sebagai sebagai pelacur dan teroris.

video

Tidak membiarkan diri sentiasa dihina, Marwa dan suaminya menuntut Alexander di pengadilan. Dalam persidangan 1 Julai 2009, Marwa telah memenangi kes tersebut. Namun, Alexander tiba-tiba mengeluarkan pisau dan terus menikam Marwa sebanyak 18 kali, suaminya juga turut tertikam ketika cuba menyelamatkan beliau. Lebih mendukacitakan apabila polis yang datang ke lokasi tertembak kaki suami Marwa. Suaminya sempat diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal di hospital sekarang.

Kejadian ini semakin tragis karena Marwa dibunuh dalam keadaan tengah mengandung 3 bulan. Peristiwa ini mencetuskan protes dari warga Muslim Jerman dan di Mesir, ekoran lambatnya reaksi pemerintah dan media atas tragedi ini. (dtk)

I dedicated a special song for you Dr.Marwa....May Allah bless u.

video

Untuk pembacaan lanjut, sila layari:

http://news.yahoo.com/s/ap/20090706/ap_on_re_mi_ea/ml_egypt_germany

http://www.facebook.com/group.php?gid=109548078200

http://hegab-rehab.blogspot.com/2009/07/rip-dr-marwa-el-sherbiny-our-hijab.html

http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5j5hAwHTYyudXwuL-hFiLsNKbyNKAD9994MIO0