Saturday, October 25, 2008

Filem Pilihan: Sang Murabbi



Alhamdulillah, akhirnya ter'update' juga blog ni selepas banyak kali ditanya oleh sahabat2. InsyaAllah pada kesempatan kali ini ana akan berkongsi sebuah filem pilihan yang telah menggamit serta menyentuh lubuk hati ana iaitu filem Sang Murabbi dari Indonesia. Alhamdulillah kerana akhirnya ana berjaya juga memiliki vcd filem tersebut daripada seorang sahabat. Walaupun dah dua kali khatam, namun itu tak bermakna ana takkan menontonnya lagi untuk kali ketiga dan seterusnya. Filem ini merupakan filem islami yang sarat dengan mesej-mesej yang sangat berguna terutamanya kepada mereka yang bergelar seorang dai'e.

Filem ini berkisah tentang perjalanan dakwah Almarhum Ustadz Rahmat Abdullah, aktivis Islam di Indonesia. Cita-cita beliau untuk menjadi seorang guru tidak pernah berubah sejak dari kecil hinggalah dewasa. Sehinggakan setiap kali ditanya orang, apa cita-citanya, dia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru! Persepsi positifnya terhadap profesion guru itu kemudian menjadi elemen penting yang menggerakkan seluruh energi hidup Ustadz Rahmat, ketika ia menimba ilmu di pesantren Asy Syafiiyah di bawah asuhan KH Abdullah Syafii. Bakat besar dan pemikirannya yang brilian, menjadikan Ustadz Rahmat dikagumi oleh setiap orang, terutama gurunya, KH Abdullah Syafii, yang menjadikan Ustadz Rahmat sebagai murid kesayangannya

Ustadz Rahmat mula merintis kariernya sebagai guru selulus dari Asy Syafiiyah. Selain di daerahnya, ia juga mengajar di sekolah rendah Islam lainnya di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan. Perjalanan karier yang dipilihnya itu kemudian mempertemukannya dengan guru keduanya, Ustadz Bakir Said Abduh yang mengelola Rumah Pendidikan Islam (RPI). Melalui ustadz lulusan pergururan tinggi di Mesir itu, Ustadz Rahmat banyak membaca buku-buku karya ulama Ikhwanul Muslimin, salah satunya adalah buku Da'watuna (Hasan Al-Bana) yang kemudian ia terjemahankan menjadi Dakwah Kami Kelmarin dan Hari Ini (Pustaka Amanah).

Ustadz Rahmat menggunakan pendekatan yang sangat kreatif bagi membina para pemuda di kawasan perkampungannya di Kuningan. Dengan mendirikan grup teater, para pemuda itu diasuhnya dalam organisasi bernama Pemuda Raudhatul Falah (PARAF) yang menghidupkan masjid Raudhatul Falah di Kuningan dengan kegiatan-kegiatan keislaman.

Pementasan grup teater binaan Ustadz Rahmat ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Salah satunya adalah pementasan berjudul Perang Yarmuk. Pada pementasan inilah, Ustadz Rahmat dan para pemuda PARAF harus berhadapan dengan golongan yang cuba untuk membubarkan pementasan tersebut.

Keteguhan dan ketegasan prinsip yang ada pada beliau tetap terpelihara dengan baik, meskipun beliau harus terlibat dalam wasilah (sarana) dakwah bernama parti. Beliau tetap dikenal sebagai guru ngaji, inspirator kaum muda yang progresif dan berfikiran jauh ke depan. Undangan daurah ke daurah yang lain tetap dihadirinya. Tak ada yang berubah, termasuk ciri khas yang menjadi warisan dari kedua orang tuanya yang mulia: kesederhanaan.

Ustadz Rahmat memang berada di tempat tertinggi parti, serta terpilih pula sebagai wakil rakyat di DPR pusat. Namun, beliau kerap menaiki bas untuk mendatangi sebuah undangan. Beliau kerap dilihat berjalan kaki untuk jarak yang cukup jauh. Tak ada yang berubah, kerana dia benar-benar sedar bahwa langkah itulah yang dimulainya dulu sebagai permulaan di jalan dakwah.

Hingga akhirnya, di sebuah hari yang sibuk dan berat, Ustadz Rahmat merasakah tanda-tanda kesihatannya terganggu. Namun, atas rasa tanggung jawabnya yang besar terhadap amanah dakwah, membuatkan beliau tak begitu mempedulikan tanda-tanda itu.

Ia masih terlibat dalam sebuah syura penting. Lalu, saat adzan berkumandang dan dia beranjak untuk memenuhi panggilan suci itu, dia berjalan ke tempat wudhu. Saat berwudhu, tanda-tanda itu makin kuat, menyerang pembuluh darah di bahagian lehernya. Beliau cuba untuk menyempurnakan wudhunya, namun rasa sakit yang menyucuk-nyucuk kepalanya itu akhirnya membuatkan beliau terduduk.

Disaksikan oleh Ustadz Mahfudzi, salah seorang muridnya, Ustadz Rahmat nyaris terjatuh. Ustadz Mahfudzi cepat memapahnya, lalu cuba menyelamatkan situasi. Tetapi Allah lebih sayang kepada Ustadz Rahmat Abdullah. Innalillahi wa innailaihi raaji'uun...Akhirnya Syaikhut Tarbiyah itu meninggalkan kita dengan senyum yang amat tulus...hujan air mata dari seluruh pelosok tempat mengiringi kepulangan beliau.


Begitulah kisah perjalanan hidup seorang tokoh dakwah yang menjadi kebanggan ummat. Semoga kita semua dapat mengambil ibrah (pengajaran) yang sangat berguna melalui filem ini. Akhirnya, kepada yang masih belum menonton, selamat menonton!! Wallahu Ta'ala A'lam...




Rujukan: http://www.sangmurabbi.com/

Wednesday, August 6, 2008

Sekadar Perkongsian dari Hati...



Bismillahirrahmanirrahim...

Lama benar rasanya ana tak 'update' blog ni. Terhalang dek kerana banyak halangan-halangan yang terpaksa dihadapi. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui..Perkongsian yang ana ingin kongsi dengan antum sekarang ni sebenarnya dah lama ditulis dan disimpan di dalam buku. Cuma tiada kelapangan je untuk ditaipkan ke dalam blog. Nak2 plak sebab internet semakin slow skrg ni.Nak upload gambar pun susah.Apa khabar agaknya sahabat sahabiah di luar sana? Apa khabar juga iman antum? Moga-moga Allah sentiasa memelihara kita agar terus kuat, thabat dan istiqamah di jalannya..

Alhamdulillah, sudah lebih sebulan dah adik-adik 1st year berada di UMP..Apalah perasaan adik2 dapat masuk UMP? Gembira, sedih, kecewa, marah atau putus asa???Apa pun perasaan adik-adik, yang penting kita kena faham keberadaan kita di UMP pada hari ini adalah kerana atas ketetapan dan perancangan yang telah dite
ntukan oleh Allah. Ingat dik, sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, sedangkan Allahlah yang sebaik-baik perancang.


"Dan ingatlah, ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan tipu daya terhadapmu (Muhammad) untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka membuat tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya." (Al-Anfal:30)


Ramai gak yang mengadu, "saya tak minat ah course ni..saya tak mintak pun. Tetiba je dapat.. cmne ek. takut r..saya ingat nak tukar course ah"..Biasa ah 2 dik. Ana dulu pun gitu gak. 1st2 mmg ingat nak tukar. tp klu dah lama, rse sayang plak nak tukar.Minat kan boleh dipupuk. Sebagai seorang muslim, kita kena ingat bahawa sesungguhnya Allah xkan membebankan kita dengan apa yang tak mampu kita pikul. Adik2 dapat course 2 sbb Allah tahu itu yg terbaik buat adik2..Mungkin adik2 tak dapat course yg adik2 mintak sbb ia bukanlah yg terbaik kpd adik2..

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya...." (Al-Baqarah:286)

"...Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah:216)

Gantunglah sepenuhnya pengharapan kepada Allah. Yakinlah kepada-Nya dan bersangka baiklah kepada-Nya kerana Dia yang mengatur segala-galanya. Dialah tuan kita dan kita adalah hamba-Nya...

Kepada adik-adik, ada sedikit pesanan buat antum..semoga bermanfaat...

1. Hatimu yang masih kosong dan suci, isikanlah ia dengan mengikuti program-program ilmiah. InsyaAllah ia akan bermanfaat buatmu.
2. Dekatkanlah dirimu dengan masjid. Kerana di situlah kita akan mendapat ketenangan.
3. Berkawanlah dengan kawan-kawan yang baik. Yang sentiasa mendidikmu, membimbingmu dan mengajakmu ke jalan yang sentiasa diredhai oleh Allah.
4. Betulkan/tetapkan niatmu datang ke universiti untuk menuntut ilmu. Bukannya untuk mencari kekasih hati atau sebagainya...
5. Belajarlah bersungguh-sungguh supaya kita tak menyesal di kemudian hari..

Semoga kita semua sentiasa mendapat perlindungan dan keberkatan Allah S.W.T.. Sayangilah Allah kerana Dia akan lebih menyayangimu.. Wallahuta'ala a'lam..

Thursday, May 29, 2008

Curhat Tarbiyah

Sumber dipetik dari laman web kegemaran ana : Paksi.net

p/s: Sungguh terkesan di hati bila membaca posting ni. Rasa jauhnya diri ini daripada ikhwah dan akhawat yang sedemikian rupa sanggup berkorban demi Islam tercinta. Sedangkan ana masih sibuk untuk mencipta pelbagai alasan. Naudzubillah...Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita untuk terus tsabat di jalan dakwah ini..."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). (Aali Imran 3: 8)
Semoga bermanfaat buat semua. Wallahua'lam...

Seakan mendengar cerita dongeng...

Ada sebahagian ikhwah dan akhowat di luar negara sanggup
menempuh perjalanan beribu kilometer semata-mata untuk
menghadiri pertemuan rutin bersama teman-teman yang lain
ataupun menghadiri daurah bulanan. Wang scholar sanggup
dihabisi hanya untuk membiayai tambang perjalanan. Duit
infaqnya bukan calang-calang. Tidak cukup dengan itu, wang
tambahan didapati daripada bekerja part time; sebagai pelayan
restoran, cleaner, pemetik buah-buahan, ataupun bekerja di
hospital.

Ada juga sebahagian yang lain sanggup membelanjakan wang yang
tak seberapa semata-mata untuk memberikan taujih yang hanya
memakan masa 50-60 minit sahaja. Kemudian harus pulang awal
untuk menghadiri kuliyyah keesokan harinya. Terkadang cuti summernya dihabiskan hanya untuk bekerja walaupun teman-teman yang lain dari awal lagi sudahpun pulang ke tanah
air bertemu keluarga tersayang.


Ah, apakah mereka ini rahib-rahib yang tidak punya keinginan yang sama seperti orang lain... yang juga ingin punya waktu-waktu
bersendirian-bersama teman serumah ke panggung wayang
menonton movie2 terbaru-meluncur ski-shopping-melayan
perasaan dan berangan -menikmati tidur yang enak setelah seminggu sibuk dengan menelaah buku-buku dan assignment-namun waktu-waktu mereka di hujung minggu senantiasa disibukkan dengan aktiviti
tarbawi. Tidak cukup dengan pertemuan rutin, dipenuhi pula dengan daurah, mabit dan rehlah. Kalau tidak pun meluangkan masa bersama mad'u yang senantiasa dahagakan nasihat dan perhatian.

Seyogya...terfikir juga... kenapa ya perlu bersusah-susah begini... antumkankan bakal jadi doktor... bakal jadi engineer...mungkin juga seorang lecturer yang gajinya sampai 4-5 angka.

Ah, cemburu rasanya... cerita-cerita seperti ini jarang didengar di tanah air ... malah menjadi igauan di siang hari...Dari Perlis ke Johor araknya tidak sampai 1000 km. Bukannya disuruh mengisi atau memberikan taujih... menghadiri pertemuan rutin secara konsisten dan tepat juga sesuatu yang sulit dilakukan.

"Afwan akh. Ana punya assignment mahu dibuat. Tak dapat hadir liqo kali ni"

"Akh, tangguh liqo kita boleh? Ana jadi committee program suaikenal untuk intake kali ni. Ada induction course."

"Alamak... tertidur tadi. Liqo' dah start ke belum"

"Sori ana tak dapat ikut halaqah anta untuk sem ni. Ana pegang banyak jawatan dalam society. Kalau sem depan rasanya tak sibuk sangat. So sem depan ajalah ana kontak anta"

"Ana kena jaga stall hari ni... waahh ramai pelanggannya.. boss pun tak kasi ana cuti hari ni..."

"Akh, penatnya hari ni. Kelas sedikit pack. Ana nak berehatlah untuk hari ni. Kirim salam kepada yang lain ye"

"Hujan lebat ni. Bahaya bawak motor dalam hujan lebat. Ana takut demam. Buat esok tak leh ke?"

"Ana nak mintak maaf banyak2... sbb dah 3 kali tak datang liqo'. Ana bukan sengaja tak nak datang tapi lebih kuranglah..harap dimaafi."

"........."

"Ana nak halaqah saja. Mabit ngan daurah anak tak mau pi... jauh sangatlah... letih tau tak"

"Cuti sem ni ana n famili nak gi melancong. So tak dapatlah nak hadir liqo' cuti nie. Bertemu masa bukak sem baru ek. Sekian."

"Minggu ni nak balik kampunglah. Rindu pada keluarga di kampung. Tiket dah beli ek. Sori k"

Seribu alasan diberikan...

Ikhwah dan akhowat yang disayangi Allah...

Sungguh beruntung kita ini...masih diizinkan Allah punya waktu dan kesempatan yang banyak buat merubah nasib diri... punya ruang yang luas untuk meningkatkan kapisiti diri... punya panduan yang benar jika mahu ditunjuki..

Juga kita sama-sama punya pertemuan rutin yang di dalamnya insya Allah punya orang-orang yang mahu menyucikan diri... yang mahu kembali mencari hakikat diri ...hanya mencari ridho robbnya.

Tidak seperti di belahan bumi yang lain... pertemuan rutin mereka terkadang harus berlangsung di tempat yang jauhhh dari orang kebanyakan...di dalam hutan tebal, di tengah laut, di puncak gunung... pertemuan dilakukan secara berhati-hati. Takut-takut jika ditemui nyawa tergadai atau terpenjara...sangat sulit sekali untuk bertemu kerana situasi yang tidak mengizinkan...

Tidak salah merenung sejenak diri ini...
Tanyakan pada diri. Di posisi mana tarbiyyah ditempatkan? adakah sekadar tempelan kecil untuk menutup waktu yang terluang ...Ah.. teman-teman semuanya sudah ngikut halaqah, malu lah kalau aku x ikut sama. Nanti takut dibilang kera sumbang.

Ikhwah fillah...

Pertemuan rutin kita menjadi indikator utama keberjayaan dalam jalan ini. Ibarat sebiji atom... kalau diberikan daya pecut dengan kelajuan yang tinggi... bisa menghasilkan energi yang sangat kuat. Tenaganya mampu dibekalkan untuk beberapa generasi. Begitulah pertemuan ini diumpamakan.

Sunnatullah jalan ini...
Tidak pernah keruh dengan kejernihan ikhlasnya orang-orang yang membawanya disertai amal yang tak pernah putus-putus walau banyak hambatan yang datang... menjadi bahan bakarnya.
Jalan ini harus senantiasa basah dengan tadhiyyah(pengorbanan)
dan perjuangan.. tidak diusung oleh orang-orang yang lemah imannya... mati jiwanya..
Juga tidak oleh orang yang penuh keraguan dalam hati... takkan pernah tertahan meniti jalan ini...

Usah mengimpikan yang indah-indah, khilafah islamiyah, jihad, mati syahid, bebasnya Al-Aqsa, andai masih lopong dalam menghadiri pertemuan.

Usah juga mengharapkan kemenangan yang cepat seandainya sering saja terlambat menghadiri pertemuan rutin. Jangan pula nantinya kita yang menjadi beban tarbiyyah, diusung ke sana dan ke mari, melambatkan lagi proses kemenangan ini...

naudzubillah...

Akhirnya, semoga kalam-kalam Allah ini bisa meledakkan kembali jiwa-jiwa yang terlena dan terleka. Sedikit curhat dari jiwa yang senantiasa mengharapkan cahaya Islam kembali lagi...

SURAH AT-TAUBAH
38]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
[39]
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[40]
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
[42]
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
[43]
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
[44]
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
[45]
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
[46]
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

Tuesday, May 27, 2008

Ghirah Cinta dan Kelesuan Ukhuwwah




KH. Rahmat Abdullah (alm) - Paksi.net

AlDakwah.org--Mungkin terjadi seseorang yang dahulunya saling
mencintai akhirnya saling memusuhi dan sebaliknya yang sebelumnya
saling bermusuhan akhirnya saling berkasih sayang. Sangat dalam pesan yang disampaikan Baginda Nabi SAW:

"Cintailah saudaramu dengan sekadarnya, mungkin suatu masa ia akan
menjadi orang yang kau benci. Bencilah orang yang kau benci dengan sekadarnya, mungkin suatu masa ia akan menjadi kekasih yang kau
cintai." (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi, Baihaqi, Thabrani,
Daruquthni, Ibn Adi, Bukhari). Ini dalam kaitan interpersonal.

Dalam hubungan kejamaahan, jangan ada reserve kecuali reserve syar'i yang menggariskan aqidah "La tha'ata limakhluqin fi ma'shiati'l
Khaliq". Tidak boleh ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat
kepada Al- khaliq (Sang Pencipta). (Hadis Sahih Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan
Hakim).

Doktrin ukhuwah dengan bingkai yang jelas telah menjadikan dirinya
pengikat dalam senang dan susah, dalam rela dan marah. Bingkai itu
adalah : "Level (Tahap) terendah ukhuwah, jangan sampai merosot ke
bawah garis rahabatus'shadr (lapang hati) dan batas tertinggi tidak melampaui batas itsar (melebihkan saudara di atas
kepentingan diri).

Gairah Cinta dan Kelesuan Ukhuwah

Kerana bersaudara di jalan ALLAH telah menjadi kepentingan dakwah-Nya, maka "kerugian apapun" yang diderita saudara-saudara dalam iman dan da'wah, yang ditimbulkan oleh kelesuan, permusuhan ataupun pengkhianatan oleh mereka yang tak tahan beramal jama'i, akan mendapatkan ganti yang lebih baik. "Dan jika kamu berpaling, maka ALLAH akan gantikan dengan kaum yang lain dan mereka tidak akan jadi seperti kamu" (Qs. 47: 38).

Setiap daripada kita mempunyai pengalaman peribadi tertentu dalam da'wah ini. Ada yang sejak 20 tahun terakhir dalam kesibukan yang tinggi, tidak pernah
terganggu oleh kunjungan yang bertembung dengan jadual da'wah atau oleh urusan yang merugikan da'wah. Mengapa ? Kerana sejak awal yang bersangkutan telah tegar dalam mengutamakan kepentingan da'wah dan
menepiskan kepentingan lainnya. Ini jauh dari fikiran nekad yang
membuat seorang melarikan diri dari tanggungjawab keluarga.

Ada seorang ikhwah, Dia bercerita, ketika menikah langsung berpisah
dari kedua orang tua masing-masing, untuk belajar hidup mandiri atau
alasan lain, seperti mencari suasana yang kondusif bagi pemeliharaan
iman menurut persepsi mereka waktu itu. Mereka menyewa rumah petak sederhana. "Begitu harus berangkat (berdakwah-red) mendung menggantung di wajah pengantinku tercinta", tuturnya.

Dia tidak keluar melepas sang suami tetapi menangis sedih dan bingung, seakan doktrin da'wah telah mengelupas. Kala itu jarang da'i dan murabbi yang pulang malam apalagi petang hari, kerana mereka biasa pulang pagi hari. Perang pun mulai berkecamuk dihati, seperti Juraij sang abid (hamba) yang kebingungan kerana kekhususan ibadah (sunnah) nya terusik panggilan ibu. "Ummi au shalati : Ibuku atau shalatku?" Sekarang yang membingungkan justeru "Zauji au da'wati" : Isteriku atau da'wahku ?".

Dia mulai gundah, kalau berangkat isteri merajuk, padahal sudah tahu
nikah dengannya risikonya tidak dapat pulang malam tapi biasanya
pulang pagi, menurut bahasa Indonesia kontemporer untuk jam diatas
24.00. Dia katakan pada isterinya : "Kita ini dipertemukan oleh Allah
dan kita menemukan cinta dalam da'wah. Apa wajar sesudah da'wah
mempertemukan kita lalu kita meninggalkan da'wah. Saya cinta kamu dan kamu cinta saya tapi kita pun cinta Allah". Dia pergi menerobos segala hambatan dan pulang masih menemukan sang permaisuri dengan wajah masih mendung, namun membaik setelah beberapa hari.

Beberapa tahun kemudian setelah beranak tiga atau empat, saat kelesuan menerpanya, justeru istri dan anak-anaknyalah yang mengingatkan, mengapa tidak berangkat dan tetap tinggal dirumah? Sekarang ini keluarga da'wah tersebut sudah menikmati berkat da'wah.

Lain lagi kisah sepasang suami isteri yang juga dari masyarakat da'wah.
Kisahnya mirip, penyikapannya yang berbeza. Pengantinnya tidak bersedia
ditinggalkan untuk da'wah. Perang batin terjadi dan malam itu ia tidak hadir dalam pertemuan rutin. Dilakukan muhasabah terhadapnya sampai menangis-nangis, ia sudah kalah oleh penyakit "syaghalatna amwaluna aahluna": "kami telah dilalaikan oleh harta dan keluarga" (Qs. 48:11).

Ia berjanji pada dirinya : "Meskipun terjadi hujan, petir dan gempa
saya harus hadir dalam tugas-tugas da'wah". Pada giliran berangkat
keesokan harinya ada ketukan kecil dipintu, ternyata mertua datang.
"Wah ia yang sudah memberikan puterinya kepadaku, bagaimana mungkin kutinggalkan?". Maka ia pun tidak hadir lagi dan di muhasabah lagi sampai dan menangis-nangis lagi. Saat tugas da'wah besok apapun yang terjadi, mahu hujan, badai, mertua datang dll pokoknya saya harus datang. Dan begitu pula ketika harus berangkat ternyata ujian dan cubaan datang kembali dan iapun tak hadir lagi dalam tugas-tugas dakwah.

Sampai hari ini pun saya melihat jenis akh tersebut belum memiliki
komitmen dan disiplin yang baik. Tidak pernah merasakan memiliki
kelazatan duduk cukup lama dalam forum da'wah, yang penuh keberkatan.
Sebenarnya adakah pertemuan-pertemuan yang lebih lazat selain
pertemuan-pertemuan yang dihadiri oleh ikhwah berwajah jernih berhati
ikhlas? Saya tak tahu apakah mereka menemukan sesuatu yang lain, "in
lam takun bihim falan takuna bighoirihim".

Di Titik Lemah Ujian Datang

Akhirnya dari beberapa kisah ini saya temukan jawapannya dalam satu
simpul. Simpul ini ada dalam kajian tematik ayat QS Al-A'raf Ayat 163:
"Tanyakan pada mereka tentang negeri di tepi pantai, ketika mereka
melampaui batas aturan Allah di (tentang) hari Sabtu, ketika ikan-ikan
buruan mereka datang melimpah-limpah pada Sabtu dan di hari mereka
tidak ber-sabtu ikan-ikan itu tiada datang. Demikianlah kami uji
mereka kerana kefasikan mereka".

Secara langsung tema ayat tentang sikap dan kewajiban amar ma'ruf
nahyi munkar. Tetapi ada nuansa lain yang menambah kekayaan wawasan
kita. Ini terkait dengan ujian.

Waktu ujian itu tidak pernah lebih panjang daripada waktu hari
belajar, tetapi banyak orang tak sabar menghadapi ujian, seakan
sepanjang hari hanya ujian dan sedikit hari untuk belajar. Ujian
kesabaran, keikhlasan, keteguhan dalam berda'wah lebih sedikit
waktunya dibanding berbagai kenikmatan hidup yang kita rasakan.

Kalau ada sekolah yang waktu ujiannya lebih banyak dari hari
belajarnya, maka sekolah tersebut dianggap sekolah gila. Selebih dari
ujian-ujian kesulitan, kenikmatan itu sendiri adalah ujian. Bahkan,
alhamdulillah rata-rata kader (aktivis) da'wah sekarang secara ekonomi semakin
lebih baik. Ini tidak menafikan (sedikit) mereka yang roda ekonominya
sedang dibawah.

Seorang Ustaz, ketika selesai menamatkan pendidikannya di Madinah,
mengajak rakannya untuk mulai aktif berda'wah. Diajak menolak, dengan
alasan ingin kaya dulu, kerana orang kaya suaranya didengar orang dan
kalau berda'wah, da'wahnya diterima. Beberapa tahun kemudian mereka
bertemu. "Ternyata kayanya kaya begitu saja", ujar Ustaz tersebut.

Ternyata kita temukan kuncinya, "Demikianlah kami uji mereka kerana
sebab kefasikan mereka". Nampaknya Allah hanya menguji kita mulai pada
titik yang paling lemah. Mereka malas kerana pada hari Sabtu yang
seharusnya digunakan untuk ibadah justeru ikan datang, pada hari Jum'at jam
11.50 datang pelanggan ke kedai. Pada saat-saat jam da'wah datang orang
menyibukkan mereka dengan berbagai cara.

Tapi kalau mereka bisa melewatinya dengan azam yang kuat, akan seperti
kapal pemecah ais. Bila diam salju itu tak akan menyingkir, tetapi
ketika kapal itu maju, sang salju membiarkannya berlalu. Kita harus
menerobos segala hal yang pahit seperti anak kecil yang belajar puasa,
mahu minum tahan dulu sampai maghrib. Kelazatan, kesenangan dan
kepuasan yang tiada tara, kerana sudah berhasil melewati ujian dan
cubaan sepanjang hari.

Kerana itu mari melihat di mana titik lemah kita. Yang lemah dalam
berukhuwah, yang gerah dan segera ingin pergi meninggalkan kewajiban
liqa', syuro atau jaulah. Bila mereka bersabar melawan rasa gerah itu,
pertarungan mungkin hanya satu dua kali, sesudah itu tinggal hari-hari
kenikmatan yang luar biasa yang tak tergantikan.

Bahkan orang-orang soleh di masa dahulu mengatakan: "Seandainya para
raja dan anak-anak raja mengetahui kelazatan yang kita rasakan dalam
zikir dan majlis ilmu, nescaya mereka akan merampasnya dan memerangi
kita dengan pedang". Sayang hal ini tidak bisa dirampas, melainkan
diikuti, dihayati dan diperjuangkan. Berda'wah adalah nikmat,
berukhuwah adalah nikmat, saling mendukung dan memecahkan permasalahan da'wah bersama ikhwah adalah nikmat, andai saja bisa dikhayalkan oleh
mereka menghamparkan modal usia yang ALLAH berikan dalam kemilau dunia
yang menipu dan impian yang tak kunjung putus.

Ayat ini mengajarkan kita, ujian datang di titik lemah. Siapa yang
lemah di bidang lawan jenis, seks dan segala yang sensual tidak diuji
di bidang kewangan, kecuali ia juga lemah di situ. Yang lemah di bidang
kewangan, jangan berani-berani memegang amanah kewangan; kalau kamu
lemah di wang, hati-hati dengan wang. Yang lemah dalam gengsi, hobi
popularitas, riya' mungkin –di masa ujian- akan menemukan orang yang
terkesan tidak menghormatinya. Yang lidahnya tajam dan berbisa mungkin
diuji dengan jebakan-jebakan (perangkap) berkomentar sebelum tabayun
(klarifikasi).Yang lemah dalam kejujuran mungkin selalu terjebak
perkara yang membuat dia hanya 'selamat' dengan berdusta lagi. Dan itu
bermakna pembesaran bencana.

Kalau saja Abdullah bin Ubay bin Salul, nominator pemimpin Madinah
(dahulu Yatsrib) ikhlas menerima Islam sepenuh hati dan menyedari hakikat
bahawa dia tidak sekaliber Rasulullah SAW, nescaya tidak semalang itu
nasibnya. Bukankah tokoh-tokoh Madinah makin tinggi dan terhormat,
dunia dan akhirat dengan meletakkan diri mereka dibawah kepemimpinan
Rasulullah SAW ? Ternyata banyak orang yang bukan hanya bakhil dengan
harta yang ALLAH berikan, tetapi juga bakhil dengan ilmu, waktu,
gagasan dan kesihatan yang seluruhnya akan menjadi beban tanggungjawab
dan penyesalan.

Seni Membuat Alasan

Perlu beringat-ingat -sesudah syukur- kerana kita hidup di masyarakat
Da'wah dengan tingkat husnuzzhan yang sangat tinggi. Mereka yang
cerdas tidak akan membodohi diri mereka sendiri dengan percaya kepada
sangkaan baik orang kepada dirinya, sementara sang diri sangat faham
bahawa ia tak berhak atas kemuliaan itu.

Gementar tubuh Abu Bakar RA bila disanjung. "Ya ALLAH, jadikan daku
lebih baik dari yang mereka sangka, jangan hukum daku lantaran ucapan
mereka dan ampuni daku kerana ketidaktahuan mereka", demikian ujarnya
lirih. Dimana posisi kita dari kebajikan Abu Bakr Shiddiq RA ?
"Alangkah bodoh kamu, percaya kepada sangka baik orang kepadamu,
padahal engkau tahu betapa diri kamu jauh dari kebaikan itu", demikian
kecaman Syaikh Harits Almuhasibi dan Ibnu Athai'Llah.

Di antara nikmat ALLAH ialah sitr (penutup) yang ALLAH berikan para
hamba-Nya, sehingga aibnya tak dilihat orang. Namun pelamun selalu
mengkhayal tanpa mahu merubah diri. Demikian mereka yang memanfaatkan
lapang hati komuniti da'wah tumbuh dan menjadi tua sebagai seniman
maaf, "Afwan ya Akhi".

Tetapi ALLAH-lah Yang Memberi Mereka Kurnia Besar

Kelengkapan Amal Jama'i tempat kita 'menyumbangkan' karya kecil kita,
memberikan erti bagi eksistensi ini. Kebersamaan ini telah melahirkan
kebesaran bersama. Jangan kecilkan makna kesertaan amal jama'i kita,
tanpa harus mengatakan telah berjasa kepada Islam dan da'wah. "Mereka
membangkit-bangkitkan (jasa) keislaman mereka kepadamu. Katakan :
'Janganlah bangkit-bangkitkan keislamanmu (sebagai sumbangan bagi
kekuatan Islam, (sebaliknya hayatilah) bahwa ALLAH telah memberi kamu
kurnia besar dengan membimbing kamu ke arah Iman, jika kamu memang
jujur" (Qs. 49;17).

ALLAH telah membawa kita kepada keimanan dan da'wah. Ini adalah
kurnia besar. Sebaliknya, mereka yang merasa telah berjasa, lalu
-kerana ketidakpuasan yang lahir dari akibat bergaul dengan
manusia yang tidak maksum dan sempurna- menunggu musibah dan
kegagalan, untuk kemudian mengatakan : "Nah, rasakan !" Seeloknya
bayangkan, bagaimana rasanya bila saya tidak bersama kafilah
kebahagiaan ini?.

Saling mendo'akan sesama ikhwah telah menjadi ciri kemuliaan peribadi
mereka, terlebih doa dari jauh. Selain ikhlas dan cinta tak nampak
motivasi lain bagi saudara yang berdoa itu. ALLAH akan mengabulkannya
dan malaikat akan mengamininya, seraya berkata : "Untukmu pun hak
seperti itu", seperti pesan Rasulullah SAW. Cukuplah kemuliaan ukhuwah
dan jamaah bahwa para nabi dan syuhada iri kepada mereka yang saling
mencintai, bukan di dasari hubungan kekerabatan, semata-mata iman dan
cinta fi'Llah.

Ya ALLAH, kami memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu
dan cinta kepada segala yang akan mendekatkan kami kepada cinta-Mu.

Sunday, April 13, 2008

Bumi Yang Berdarah


Tanah ini,
Telah lama disirami darah nan merah
Telah lama dihujani peluru penjajah
Yang sudah hilang peri-kemanusiaan
Yang sudah hilang akal kewarasan
Yang menjadikan kemusnahan suatu keseronokan
Semuanya kerana,
Dendam lama yang masih berparut
Dendam lama untuk
Menghapuskan Islam di dunia


Ya,
Bangsa kera itu memang gila
Merobek hak dan kebenaran rakyat Palestin
Merampas seluruh kasih sayang
Antara suami dengan isteri tercinta
Antara anak-anak dengan ibu bapa
Antara keluarga dengan jiran tetangga
Antara kawan dengan teman seperjuangan
Penuh kebiadapan merampas segalanya
Bangsat dan terlalu kejam!!



Namun,
Kepiluan hati makin tersiat
Apabila melihat sikap berdiam diri
Umat Islam sedunia
Yang begitu membisu memandang isu ini
Dayus apabila membiarkan masjid Ibrahimi dibahagi dua
Dayus apabila membiarkan masjid Ibrahimi dibakar
Dayus kerana membiarkan lebih 1200 masjid dirampas
Malah dijadikan kandang kambing,
Tempat perzinaan dan tempat berpesta
Dayus apabila membiarkan saudara seislam
terus dizalimi,dirogol dan disembelih.


Lantaran itu wahai saudara-saudaraku sekalian,
Sematkanlah kalimah-kalimah
dan bait-bait ini dalam diri kita,
“Seandainya pada hari ini,
Mereka berpegang pada Taurat yang diubah,
Kita akan perangi mereka dengan al-Quran
Jika ajaran Talmud disanjung oleh mereka,
Maka berpeganglah kita pada Bukhari dan Muslim,
Sekiranya hari Sabtu menjadi hari kebanggaan mereka
Sewajarnya kita berbangga dengan hari Jumaat
Andainya mereka berimpian untuk membina Haykal Sulaiman
Sewajarnya kita mempertahankan Masjidil Aqsa sepenuh hati
Sekiranya panji Yahudi menjadi lembayung kekuatan mereka
Maka kita wajib berperang di bawah panji Islam tercinta.”


Dan….
Ingatlah juga bahawa
Bumi Palestin telah lama berdarah,
Bumi Palestin telah lama terluka,
Bumi Palestin sedang menanti fajar baru
Untuk terus bernyawa…


Nukilan,
Mohd Shahir Zahari
UMP


Fatwa Halalkan Darah warga Arab Palestin.


Maszlee Malik, Durham, UK
Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.

Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.


Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin.
Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’?

Saturday, March 1, 2008

RINTIHAN HATI INSAN



Malu rasanya menyatakan cinta,

padaMu Ya Allah,

padaMu Ya Rasulullah,

Kerna kekhilafan diri,

Serta keterlanjuran diri,

Hanyut dibuai nafsu duniawi.


Hati ini sering tertanya,

“Masihkan ada ruang,

UntukMu menerima taubatku,

Untukku menggapai redhaMu,

Untukku menghuni jannahMu,

Sedangkan dosa yang kulakukan,

Bukanlah gambaran seorang insan”.


Ya Allah,

Janganlah Engkau palingkan hati ini,

Setelah Engkau beri hidayah,

Engkaulah yang berkuasa membolak-balikkan hati,

Maka tetapkanlah hatiku ini,

Di atas landasan agamaMu yang benar.


Ya Allah Rabbul Izzati,

Luangkanlah untukku kesempatan,

Berikanlah aku peluang,

Untuk berbakti kepada agamaMu,

Untuk menyambung syiar dakwah rasul,

Agar Islam yang tercinta,

Tetap gemilang di dunia yang fana.


28/02/08 (Khamis)

8.45 a.m

UMP

Wednesday, February 20, 2008

Hari Berkasih Sayang Orang-Orang Kafir!



Pada bulan Februari, kita selalu menyaksikan media massa, pusat-pusat membeli-belah, pusat-pusat hiburan sibuk berlumba-lumba menarik perhatian para remaja dengan menggelar pesta perayaan yang sering berlangsung hingga larut malam bahkan hingga dini hari. Semua pesta tersebut bermuara pada satu hal iaitu Valentine’s Day. Biasanya mereka saling mengucapkan “selamat hari Valentine”, berkirim kartu (kad ucapan) dan bunga, saling bertukar pasangan, saling curhat (luahan hati), menyatakan sayang atau cinta karena anggapan saat itu adalah “hari kasih sayang”. Benarkah ia demikian?

SEJARAH VALENTINE’S DAY

The World Book Encyclopedia (1998) melukiskan banyaknya versi mengenai Valentine’s Day :

“Some trace it to an ancient Roman festival called Lupercalia. Other experts connect the event with one or more saints of the early Christian church. Still others link it with an old English belief that birds choose their mates on February 14. Valentine’s Day probably came from a combination of all three of those sources–plus the belief that spring is a time for lovers.”

Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (terlalu lama) (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama-nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara acak (kebetulan) dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan obyek (mangsa) hiburan. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.

Ketika agama Kristen Katolik masuk Roma, mereka mengadopsi (mengambil) upacara ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity). Agar lebih mendekatkan lagi pada ajaran Kristen, pada 496 M Paus Gelasius I menjadikan upacara Romawi Kuno ini menjadi Hari Perayaan Gereja dengan nama Saint Valentine’s Day untuk menghormati St.Valentine yang kebetulan mati pada 14 Februari (lihat: The World Book Encyclopedia 1998).


Cinta Sejati?




Apa Itu Cinta?

Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona

Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri

“Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur”

- Saidina Umar Ibnul Khattab -

Tuesday, January 29, 2008

Renungan Bersama

"Ya Allah, haramkanlah kulit,darah, daging dan tulangku daripada api neraka,". Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Ta'ala mendengar rintihan hamba-Nya. Tiada pandangan lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah keatasnya.
Kekotoran dibalas dengan kesucian, air mata digantikan dengan perasaan bahagia yang menyelimuti diri, dalam kesusahan dapat juga dirasai erti kenikmatan diterima menjadi hamba-Nya yang dekat dan rapat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah:186)

Antara tanda dekatnya seseorang hamba kepada Allah ialah gementar hatinya apabila disebut nama Allah. Dalam keadaan dia tetap meletakkan kesucian dan keagungan Allah berada pada tempat yang tertinggi dalam hatinya. Gementar hati bermakna hati yang fokus kepada mencari redha Allah, sentiasa jujur dalam hubungan dengan Tuhannya, tidak ada perbezaan ketika susah atau senang, sendirian atau berada ditengah manusia yang ramai, hatinya tetap setia, jujur dan ikhlas mencintai Tuhannya.Gementar bukan Cuma bermakna takut tetapi juga rindu dan bahagia. Dia yakin bahawa Allah dekat disisi.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka."(Surah An-Anfal:2)
Imannya sentiasa bertambah. Setiap hari dia seolah-olah menaiki anak tangga menuju puncak redha Allah. Ada yang terjatuh dan kembali bangkit, ada yang duduk diam tak mahu mendaki, ada pula yang berhati-hati hingga mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Sabar dan mujahadah, waspada dan tawakal menjadi pemangkin semangat menuju puncak kejayaan. Hamba yang dekat di sisi Allah tidak akan membiarkan dirinya berpaling daripada-Nya. Namun demikian, dia mengaku bahawa nafsunya kadang-kadang melepaskan ikatan itu dan menyukarkan dirinya dibawah para kehinaan dan melupakan Allah. Oleh itu, dia suka menambah imannya dengan memperluaskan kefahamannya dengan ilmu.
Masanya banyak dihabiskan untuk membaca, mengkaji dan merenungi kebesaran Allah. Allah berfirman yang bermaksud: " Dan apabila dibacakan ayat Allah, bertambahlah iman mereka kerananya."( Surah Al-Anfal:2)
Proses mendekatkan diri kepada Allah memerlukan sedikit usaha kajian, baik teori mahupun amali. Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat manusia. Tanpa ilmu,kedudukan tertinggi di sisi-Nya hanya impian semata. Prinsip hidup orang beriman ialah menjual dirinya kepada Allah. Setiap hari dia mesti mendapat keuntungan daripada perniagaan itu. Dia hendaklah menutup harinya dengan tirai audit muhasabah, menyoal untuk rugi yang diperoleh, adakah amalannya bertambah atau berkurangan. Harta dan jiwa adalah sesuatu yang paling berharga dan manusia sanggup mengorbankan apa saja untuk mempertahankan keduanya. Harta dan jiwa menjadi modal kebahagian, namun ada segolongan sanggup melepaskan harta dan jiwanya untuk mendapatkan keredaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sudah membeli daripada orang yang beriman diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berjuang di jalan Allah." ( surah al- Taubah:111)
Tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela. Alkisah seorang lelaki yang bercinta dengan wanita miskin, semua orang menghina lelaki itu kerana memilih wanita itu menjadi isterinya.Macam-macam komen yang didengar dan sungguh menyakitkan hatinya, tetapi kerana cinta dan kasih yang tulus, dia tidak mempedulikan segala penghinaan dan celaan orang. Begitu bulat hatinya membela sang isteri.
Bagaimanakah keadaan orang mukmin jika hatinya berada di sisi Allah? Sudah tentu dia tidak akan berasa takut dan malu dengan penghinaan orang yang dengki. Bukankah Allah lebih hebat kuasa-Nya daripada kekuatan manusia.

-Dipetik dari Dr. Juanda Jaya

Tony Blair Akui Al-Quran Kitab Progresif

“Bagi saya, perkara paling luar biasa berkaitan al-Quran ialah betapa progresifnya kitab ini. Saya menulis dengan penuh rendah diri, sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai orang luar, al-Quran saya anggap sebagai sebuah kitab yang membawa pembaharuan, cuba mengembalikan Judaisme dan Kristianiti ke asalnya, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh para reformis kepada gereja Kristian berabad kemudian. Al-Quran bersifat inklusif. Ia menyanjungi sains serta ilmu pengetahuan, dan membenci perkara karut-marut.”
Ini ialah pandangan Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang disiarkan jurnal Foreign Affairs keluaran Januari/Februari lalu dalam artikelnya, A Battle For Global Values. Artikel ini memang baik dibaca mereka yang berminat dalam kajian oksidental kerana memberi gambaran jelas pemikiran seorang pemimpin besar
Barat, khusus berkait Muslim dan dunia Islam.

Sunday, January 27, 2008

GOLONGAN MUFLIS

Assalamualaikum wa rahmatullah...Alhamdulilah, baru-baru ini ana berpeluang mengikuti satu majlis ilmu iaitu Forum Al-Muqarrabin Perdana 2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Nageri Pahang pada 15 Januari 2008. Forum tersebut terbahagi kepada dua slot iaitu slot "Golongan Muflis" dan slot "Golongan Tak Malu"...InsyaAllah di kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat dari sana. Tapi untuk kesempatan ini ana just focus pada "Golongan Muflis" shj. InsyaAllah ana akan sambung dengan slot "Golongan Tak Malu" di kesempatan yang lain.


Sahabat sahabiah sekalian...Asal dengar je perkataan MUFLIS, tentu ramai yang terbayang ahli-ahli korporat, hartawan-hartawan, businessmen dll yang bankrup dalam bisnes mereka. Namun hakikat yang perlu diketahui dan difahami oleh semua di sini ialah mereka yang digolongkan dalam golongan muflis ialah:

"Orang-orang yang membawa amal ibadahnya, zakatnya, puasanya, solatnya, sedekahnya dan sebagainya dalam keadaan masa hidupnya di dunia banyak mencaci, memaki, memfitnah dan menumpahkan darah orang lain. Dan di akhirat nanti, amalan-amalannya akan dituntut oleh orang yang telah dianiaya itu sampai habis segala amalan kebaikannya sehinggalah dia pula terpaksa memikul dosa-dosa orang yang dianiaya." (Hadith Shahih)

Justeru itu, hati ana terdetik..."Ya Allah, janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan Muflis ini...Wa naudzubillah...Kerana dalam sedar tak sedar telah banyak dosa yang aku lakukan dek kerana kepetahan mulut sendiri yang tak terbendung"...Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tuturkan dalam kehidupan sehari-hari.Ntah-ntah telah banyak hati-hati yang terluka dan berparut kerana pertuturan kita yang tak terkawal. Janganlah kita sekali-kali mengatakan sesuatu yang tak elok kepada orang lain walaupun perkara itu perkara yang benar. Sebagai contoh, kita mempunyai kawan yang gemuk dan disebabkan kegemukannya, kita selalu mengejeknya. Walaupun hakikatnya dia memang seorang yang gemuk, tapi kita tak perlu mengejeknya kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan, ada hikmah di sebaliknya. Dan sekiranya kawan kita itu tersinggung dengan ejekan kita, maka bersegeralah untuk memohon maaf darinya. Tapi sebaik-baiknya elaklah dari menghina, mengejek, mengumpat dan memfitnah kerana sesungguhnya 'Mencegah itu lebih baik dari merawat' dan ingatlah bahawa 'you can fogive, but you can't forget'...
Sahabat sahabiah sekalian, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan muflis ialah kerana kita tak menghitung keperluan-keperluan ibadah kita seperti rukun-rukun ibadah, syarat-syarat sah amalan dan sebagainya. Kita melaksanakan ibadah tanpa benar-benar menghayati rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, kita juga mudah terpedaya dengan janji-janji manis dan bisikan-bisikan halus Iblis Laknatullah yang sentiasa mengajak kita melakukan perkara-perkara mungkar dan meninggalkan perkara-perkara ma'aruf. Walhal, janji Allah adalah janji yang pasti dan abadi malah Allah jua tidak pernah memungkiri janji. Untuk melindungi diri daripada tergolong dalam golongan muflis ini, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan pakaian indah taqwa kerana firman Allah s.w.t:

"Dan pakailah pakaian taqwa, itulah yang terbaik"

Semoga Allah melindungi kita dan mengawal perbuatan kita agar kita termasuk dalam golongan yang 'kaya-raya dan dermawan' di akhirat nanti...Wallahu ta'ala a'lam...









Friday, January 11, 2008

GANTUNGLAH PENGHARAPANMU PADA-NYA

Assalamualaikum sahabat/sahabiah semua..ape khabar kalian? imannye cmne? semoga antum/antunna sentiasa berada di bawah perlindungan Allah..Pertama sekali ana nak mintak maaf byk2 sebab dah agak lama x update blog ni walaupun peluang untuk mengedit banyak sebenarnya..So, hari ni insyaAllah ana akan berkongsi sebuah doa dengan kalian semua. Semoga setiap kerja yang kita lakukan setiap hari dan setiap ketika mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T...


"Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan padamu..."




Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku menadah tangan di permulaan pagi hening ini
Untuk menyatakan rasa kesyukuranku padaMu
Kerana diberi peluang untuk terus hidup
Demi mengejar & memperjuangkan cita-citaku
Untuk berbakti ke jalan agamaMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jadikanlah permulaan hari ini segala kebaikan bagiku
Pertengahan hari ini segala kejayaan bagiku
Dan akhiri hari ini dengan segala pencapaian bagiku
Kau jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam
Setiap pekerjaan hari ini lebih sempurna dari semalam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Di pagi yang mulia ini
Dengan hati yang jujur dan ikhlas
Aku mengulangi janji & azamku padaMu
Untuk melaksanakan segala tugas & tanggungjawabku
Dengan tekun & rajin serta penuh keyakinan
Aku akan terus berusaha dengan tabah & gigih
Tanpa mengenal jemu untuk memikul amanahMu
Supaya setiap tugasan yang ku laksanakan
Berakhir dengan kejayaan yang cemerlang

Ya Allah Ya Tuhanku...
Berikanlah kekuatan kepadaku
Untuk menempuh segala cubaan & dugaanMu
Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah
Hanya kepadaMu tempat ku berserah
Lindungilah aku dalam keberkatanMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Jadikanlah usahaku dalam keredhaanMu
Dekatkanlah segala kebaikan untukku
Hindarkan segala keburukan dari hidupku
Curahkanlah segala rahmatMu dalam hidupku
Jauhkanlah segala kedukaan & bala dari hidupku

Ya Allah Ya Rabbal A'lamin...
Di pagi ini jua
Aku menadah tangan memohon restu hanya dariMu
Sesungguhnya aku insan yang lemah Ya Allah
Tak terlepas dari kelalaian & kealpaan
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku
Satukanlah mereka dalam syurgaMu
Ampunilah dosa kaum keluargaku, kaum muslimin & muslimat
Sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi
Berikanlah aku petunjuk & hidayahMu
Dalam mengharungi hari-hari depanku
Semoga aku sentiasa mematuhi segala ajaranMu
Dan menjauhi segala laranganMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku dengan rasa tawadhuk
Memohon perlindungan hanya dariMu Ya Allah
Dari sifat lemah & malas, sifat alpa & putus asa,
sifat penakut & bakhil
dan segala sifat keji yang tidak Engkau redhai
Sebaliknya Ya Allah...
Engkau bersihkanlah hatiku
Tingkatkanlah taqwa & keimananku
Tambahkanlah ilmu di dadaku
Permudahkanlah segala urusanku
Ringankanlah segala bebanan hidupku
Tabahkanlah tekadku, kuatkanlah keazaman & iltizamku
Supaya dapat terus berbakti
Kepada bumi bertuah ciptaanMu ini

Ya Allah Yang Maha Agung...
Sekiranya hari ini adalah hari terakhir bagiku
Biarkanlah segala bakti yang kucurahkan hari ini
Sama seperti bakti yang kucurahkan
Sejak ku dilahirkan hingga ke hari semalam

AMIN YA RABBAL A'LAMIN...