Thursday, May 29, 2008

Curhat Tarbiyah

Sumber dipetik dari laman web kegemaran ana : Paksi.net

p/s: Sungguh terkesan di hati bila membaca posting ni. Rasa jauhnya diri ini daripada ikhwah dan akhawat yang sedemikian rupa sanggup berkorban demi Islam tercinta. Sedangkan ana masih sibuk untuk mencipta pelbagai alasan. Naudzubillah...Semoga Allah sentiasa memberikan kekuatan kepada kita untuk terus tsabat di jalan dakwah ini..."Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia). (Aali Imran 3: 8)
Semoga bermanfaat buat semua. Wallahua'lam...

Seakan mendengar cerita dongeng...

Ada sebahagian ikhwah dan akhowat di luar negara sanggup
menempuh perjalanan beribu kilometer semata-mata untuk
menghadiri pertemuan rutin bersama teman-teman yang lain
ataupun menghadiri daurah bulanan. Wang scholar sanggup
dihabisi hanya untuk membiayai tambang perjalanan. Duit
infaqnya bukan calang-calang. Tidak cukup dengan itu, wang
tambahan didapati daripada bekerja part time; sebagai pelayan
restoran, cleaner, pemetik buah-buahan, ataupun bekerja di
hospital.

Ada juga sebahagian yang lain sanggup membelanjakan wang yang
tak seberapa semata-mata untuk memberikan taujih yang hanya
memakan masa 50-60 minit sahaja. Kemudian harus pulang awal
untuk menghadiri kuliyyah keesokan harinya. Terkadang cuti summernya dihabiskan hanya untuk bekerja walaupun teman-teman yang lain dari awal lagi sudahpun pulang ke tanah
air bertemu keluarga tersayang.


Ah, apakah mereka ini rahib-rahib yang tidak punya keinginan yang sama seperti orang lain... yang juga ingin punya waktu-waktu
bersendirian-bersama teman serumah ke panggung wayang
menonton movie2 terbaru-meluncur ski-shopping-melayan
perasaan dan berangan -menikmati tidur yang enak setelah seminggu sibuk dengan menelaah buku-buku dan assignment-namun waktu-waktu mereka di hujung minggu senantiasa disibukkan dengan aktiviti
tarbawi. Tidak cukup dengan pertemuan rutin, dipenuhi pula dengan daurah, mabit dan rehlah. Kalau tidak pun meluangkan masa bersama mad'u yang senantiasa dahagakan nasihat dan perhatian.

Seyogya...terfikir juga... kenapa ya perlu bersusah-susah begini... antumkankan bakal jadi doktor... bakal jadi engineer...mungkin juga seorang lecturer yang gajinya sampai 4-5 angka.

Ah, cemburu rasanya... cerita-cerita seperti ini jarang didengar di tanah air ... malah menjadi igauan di siang hari...Dari Perlis ke Johor araknya tidak sampai 1000 km. Bukannya disuruh mengisi atau memberikan taujih... menghadiri pertemuan rutin secara konsisten dan tepat juga sesuatu yang sulit dilakukan.

"Afwan akh. Ana punya assignment mahu dibuat. Tak dapat hadir liqo kali ni"

"Akh, tangguh liqo kita boleh? Ana jadi committee program suaikenal untuk intake kali ni. Ada induction course."

"Alamak... tertidur tadi. Liqo' dah start ke belum"

"Sori ana tak dapat ikut halaqah anta untuk sem ni. Ana pegang banyak jawatan dalam society. Kalau sem depan rasanya tak sibuk sangat. So sem depan ajalah ana kontak anta"

"Ana kena jaga stall hari ni... waahh ramai pelanggannya.. boss pun tak kasi ana cuti hari ni..."

"Akh, penatnya hari ni. Kelas sedikit pack. Ana nak berehatlah untuk hari ni. Kirim salam kepada yang lain ye"

"Hujan lebat ni. Bahaya bawak motor dalam hujan lebat. Ana takut demam. Buat esok tak leh ke?"

"Ana nak mintak maaf banyak2... sbb dah 3 kali tak datang liqo'. Ana bukan sengaja tak nak datang tapi lebih kuranglah..harap dimaafi."

"........."

"Ana nak halaqah saja. Mabit ngan daurah anak tak mau pi... jauh sangatlah... letih tau tak"

"Cuti sem ni ana n famili nak gi melancong. So tak dapatlah nak hadir liqo' cuti nie. Bertemu masa bukak sem baru ek. Sekian."

"Minggu ni nak balik kampunglah. Rindu pada keluarga di kampung. Tiket dah beli ek. Sori k"

Seribu alasan diberikan...

Ikhwah dan akhowat yang disayangi Allah...

Sungguh beruntung kita ini...masih diizinkan Allah punya waktu dan kesempatan yang banyak buat merubah nasib diri... punya ruang yang luas untuk meningkatkan kapisiti diri... punya panduan yang benar jika mahu ditunjuki..

Juga kita sama-sama punya pertemuan rutin yang di dalamnya insya Allah punya orang-orang yang mahu menyucikan diri... yang mahu kembali mencari hakikat diri ...hanya mencari ridho robbnya.

Tidak seperti di belahan bumi yang lain... pertemuan rutin mereka terkadang harus berlangsung di tempat yang jauhhh dari orang kebanyakan...di dalam hutan tebal, di tengah laut, di puncak gunung... pertemuan dilakukan secara berhati-hati. Takut-takut jika ditemui nyawa tergadai atau terpenjara...sangat sulit sekali untuk bertemu kerana situasi yang tidak mengizinkan...

Tidak salah merenung sejenak diri ini...
Tanyakan pada diri. Di posisi mana tarbiyyah ditempatkan? adakah sekadar tempelan kecil untuk menutup waktu yang terluang ...Ah.. teman-teman semuanya sudah ngikut halaqah, malu lah kalau aku x ikut sama. Nanti takut dibilang kera sumbang.

Ikhwah fillah...

Pertemuan rutin kita menjadi indikator utama keberjayaan dalam jalan ini. Ibarat sebiji atom... kalau diberikan daya pecut dengan kelajuan yang tinggi... bisa menghasilkan energi yang sangat kuat. Tenaganya mampu dibekalkan untuk beberapa generasi. Begitulah pertemuan ini diumpamakan.

Sunnatullah jalan ini...
Tidak pernah keruh dengan kejernihan ikhlasnya orang-orang yang membawanya disertai amal yang tak pernah putus-putus walau banyak hambatan yang datang... menjadi bahan bakarnya.
Jalan ini harus senantiasa basah dengan tadhiyyah(pengorbanan)
dan perjuangan.. tidak diusung oleh orang-orang yang lemah imannya... mati jiwanya..
Juga tidak oleh orang yang penuh keraguan dalam hati... takkan pernah tertahan meniti jalan ini...

Usah mengimpikan yang indah-indah, khilafah islamiyah, jihad, mati syahid, bebasnya Al-Aqsa, andai masih lopong dalam menghadiri pertemuan.

Usah juga mengharapkan kemenangan yang cepat seandainya sering saja terlambat menghadiri pertemuan rutin. Jangan pula nantinya kita yang menjadi beban tarbiyyah, diusung ke sana dan ke mari, melambatkan lagi proses kemenangan ini...

naudzubillah...

Akhirnya, semoga kalam-kalam Allah ini bisa meledakkan kembali jiwa-jiwa yang terlena dan terleka. Sedikit curhat dari jiwa yang senantiasa mengharapkan cahaya Islam kembali lagi...

SURAH AT-TAUBAH
38]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
[39]
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[40]
Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[41]
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
[42]
Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
[43]
Allah memaafkanmu (wahai Muhammad), mengapa engkau izinkan mereka (tidak turut berperang) sebelum nyata bagimu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
[44]
Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
[45]
Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.
[46]
Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggalah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".

3 comments:

Syafarah said...

assalamualaikum ya akhi,

memang terase la pasal bg alasan2 tuh. tu diri ana dulu la. skang, iA, doakan supaya istiqomah di jalan mardhatillah ni.

jalan dakwah ni bukan untuk orang manja. bukan untuk orang yang mau senang2.

pasal isu palestine, asek kite sedey je. nk sonok 2 sket xleh? so, kekdg perkara ni menghantui ana. faham x mksd ana? mcm, xleh nk suke2 ke? x happening sbb asek sedeh je sbb kite perjuangkan palestine gk kn. so, care to rungkaikn persoalan ni?

wallahualam..

Muzaffar Saifuddin said...

jazakillah sudi bg comment n tinggalkn 1 persoalan hebat..

myb ana x brp clear ngan soklan nti.tp ana akn try rungkaikan. Pertama sekali, kita kena ingat. 'inna ma'al usri yusra'..di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan. kesenangan n kesusahan sbnrnye dtg serentak cuma myb kita je yg x faham.

Sbg cnth isu palestin, dgn kezaliman n kekejaman zionis telah membuka mata serta hati seluruh masy dunia untuk mengkaji n seterusnya membenci Israel.Kesusahan yg kita nmpk adalah penderitaan rakyat Palestin namun hakikatnya kesenangan di sebalik itu ialah makin ramai masy. yang mengkaji n mulai sedar bahawa Islam is the best way of life. 1 perkara yg kita juga harus ingat bhw wpun scr fizikal masy. Palestin seolah-olah terseksa, tp hakikatnya mereka bergembira krn Allah telah memberikan peluang yg sgt besar kpd mereka untuk mndpt syahid di jalanNya. Malah mereka bangga krn dapat mempertahankan negara mereka.

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus ada satu golongan dari umatku yang terus terang di atas kebenaran, menentang musuh-musuh mereka sehingga datang ketentuan Allah sedang mereka masih dalam keadaan demikian. Seseorang Sahabat bertanya, “Dimanakah mereka ya Rasulullah ?”. Baginda saw menjawab, “Di Baitul Maqdis dan di sekeliling Baitul Maqdis”. (Hadis riwayat Ahmad).

insyaAllah, Palestin akan terus menjadi milik kita.

Syafarah said...

mm, syukran jaziilan li jawapan yg sangat mantop. anta menjawab persoalan ana, tp ade belok sket, tp still smpi ke matlamat, insyaAllah. xpe,nt kalo ade kesempatan, kite bncg ngn lebih lanjut..