Sunday, January 27, 2008

GOLONGAN MUFLIS

Assalamualaikum wa rahmatullah...Alhamdulilah, baru-baru ini ana berpeluang mengikuti satu majlis ilmu iaitu Forum Al-Muqarrabin Perdana 2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Nageri Pahang pada 15 Januari 2008. Forum tersebut terbahagi kepada dua slot iaitu slot "Golongan Muflis" dan slot "Golongan Tak Malu"...InsyaAllah di kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat dari sana. Tapi untuk kesempatan ini ana just focus pada "Golongan Muflis" shj. InsyaAllah ana akan sambung dengan slot "Golongan Tak Malu" di kesempatan yang lain.


Sahabat sahabiah sekalian...Asal dengar je perkataan MUFLIS, tentu ramai yang terbayang ahli-ahli korporat, hartawan-hartawan, businessmen dll yang bankrup dalam bisnes mereka. Namun hakikat yang perlu diketahui dan difahami oleh semua di sini ialah mereka yang digolongkan dalam golongan muflis ialah:

"Orang-orang yang membawa amal ibadahnya, zakatnya, puasanya, solatnya, sedekahnya dan sebagainya dalam keadaan masa hidupnya di dunia banyak mencaci, memaki, memfitnah dan menumpahkan darah orang lain. Dan di akhirat nanti, amalan-amalannya akan dituntut oleh orang yang telah dianiaya itu sampai habis segala amalan kebaikannya sehinggalah dia pula terpaksa memikul dosa-dosa orang yang dianiaya." (Hadith Shahih)

Justeru itu, hati ana terdetik..."Ya Allah, janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan Muflis ini...Wa naudzubillah...Kerana dalam sedar tak sedar telah banyak dosa yang aku lakukan dek kerana kepetahan mulut sendiri yang tak terbendung"...Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tuturkan dalam kehidupan sehari-hari.Ntah-ntah telah banyak hati-hati yang terluka dan berparut kerana pertuturan kita yang tak terkawal. Janganlah kita sekali-kali mengatakan sesuatu yang tak elok kepada orang lain walaupun perkara itu perkara yang benar. Sebagai contoh, kita mempunyai kawan yang gemuk dan disebabkan kegemukannya, kita selalu mengejeknya. Walaupun hakikatnya dia memang seorang yang gemuk, tapi kita tak perlu mengejeknya kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan, ada hikmah di sebaliknya. Dan sekiranya kawan kita itu tersinggung dengan ejekan kita, maka bersegeralah untuk memohon maaf darinya. Tapi sebaik-baiknya elaklah dari menghina, mengejek, mengumpat dan memfitnah kerana sesungguhnya 'Mencegah itu lebih baik dari merawat' dan ingatlah bahawa 'you can fogive, but you can't forget'...
Sahabat sahabiah sekalian, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan muflis ialah kerana kita tak menghitung keperluan-keperluan ibadah kita seperti rukun-rukun ibadah, syarat-syarat sah amalan dan sebagainya. Kita melaksanakan ibadah tanpa benar-benar menghayati rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, kita juga mudah terpedaya dengan janji-janji manis dan bisikan-bisikan halus Iblis Laknatullah yang sentiasa mengajak kita melakukan perkara-perkara mungkar dan meninggalkan perkara-perkara ma'aruf. Walhal, janji Allah adalah janji yang pasti dan abadi malah Allah jua tidak pernah memungkiri janji. Untuk melindungi diri daripada tergolong dalam golongan muflis ini, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan pakaian indah taqwa kerana firman Allah s.w.t:

"Dan pakailah pakaian taqwa, itulah yang terbaik"

Semoga Allah melindungi kita dan mengawal perbuatan kita agar kita termasuk dalam golongan yang 'kaya-raya dan dermawan' di akhirat nanti...Wallahu ta'ala a'lam...









No comments: