Tuesday, January 29, 2008

Renungan Bersama

"Ya Allah, haramkanlah kulit,darah, daging dan tulangku daripada api neraka,". Demikianlah doa seorang hamba yang datang kepada Tuhannya membawa penyesalan. Maka tiada kegembiraan melebihi kegembiraan Allah Ta'ala mendengar rintihan hamba-Nya. Tiada pandangan lebih bernilai daripada pandangan rahmat Allah keatasnya.
Kekotoran dibalas dengan kesucian, air mata digantikan dengan perasaan bahagia yang menyelimuti diri, dalam kesusahan dapat juga dirasai erti kenikmatan diterima menjadi hamba-Nya yang dekat dan rapat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) sesungguhnya Aku ( Allah) sentiasa hampir ( kepada mereka). Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi orang yang mendapat petunjuk." (Surah Al-Baqarah:186)

Antara tanda dekatnya seseorang hamba kepada Allah ialah gementar hatinya apabila disebut nama Allah. Dalam keadaan dia tetap meletakkan kesucian dan keagungan Allah berada pada tempat yang tertinggi dalam hatinya. Gementar hati bermakna hati yang fokus kepada mencari redha Allah, sentiasa jujur dalam hubungan dengan Tuhannya, tidak ada perbezaan ketika susah atau senang, sendirian atau berada ditengah manusia yang ramai, hatinya tetap setia, jujur dan ikhlas mencintai Tuhannya.Gementar bukan Cuma bermakna takut tetapi juga rindu dan bahagia. Dia yakin bahawa Allah dekat disisi.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka."(Surah An-Anfal:2)
Imannya sentiasa bertambah. Setiap hari dia seolah-olah menaiki anak tangga menuju puncak redha Allah. Ada yang terjatuh dan kembali bangkit, ada yang duduk diam tak mahu mendaki, ada pula yang berhati-hati hingga mencapai tingkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Sabar dan mujahadah, waspada dan tawakal menjadi pemangkin semangat menuju puncak kejayaan. Hamba yang dekat di sisi Allah tidak akan membiarkan dirinya berpaling daripada-Nya. Namun demikian, dia mengaku bahawa nafsunya kadang-kadang melepaskan ikatan itu dan menyukarkan dirinya dibawah para kehinaan dan melupakan Allah. Oleh itu, dia suka menambah imannya dengan memperluaskan kefahamannya dengan ilmu.
Masanya banyak dihabiskan untuk membaca, mengkaji dan merenungi kebesaran Allah. Allah berfirman yang bermaksud: " Dan apabila dibacakan ayat Allah, bertambahlah iman mereka kerananya."( Surah Al-Anfal:2)
Proses mendekatkan diri kepada Allah memerlukan sedikit usaha kajian, baik teori mahupun amali. Proses ini berterusan hingga ke akhir hayat manusia. Tanpa ilmu,kedudukan tertinggi di sisi-Nya hanya impian semata. Prinsip hidup orang beriman ialah menjual dirinya kepada Allah. Setiap hari dia mesti mendapat keuntungan daripada perniagaan itu. Dia hendaklah menutup harinya dengan tirai audit muhasabah, menyoal untuk rugi yang diperoleh, adakah amalannya bertambah atau berkurangan. Harta dan jiwa adalah sesuatu yang paling berharga dan manusia sanggup mengorbankan apa saja untuk mempertahankan keduanya. Harta dan jiwa menjadi modal kebahagian, namun ada segolongan sanggup melepaskan harta dan jiwanya untuk mendapatkan keredaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sudah membeli daripada orang yang beriman diri dan harta mereka dengan syurga, mereka berjuang di jalan Allah." ( surah al- Taubah:111)
Tidak takut dengan celaan orang yang suka mencela. Alkisah seorang lelaki yang bercinta dengan wanita miskin, semua orang menghina lelaki itu kerana memilih wanita itu menjadi isterinya.Macam-macam komen yang didengar dan sungguh menyakitkan hatinya, tetapi kerana cinta dan kasih yang tulus, dia tidak mempedulikan segala penghinaan dan celaan orang. Begitu bulat hatinya membela sang isteri.
Bagaimanakah keadaan orang mukmin jika hatinya berada di sisi Allah? Sudah tentu dia tidak akan berasa takut dan malu dengan penghinaan orang yang dengki. Bukankah Allah lebih hebat kuasa-Nya daripada kekuatan manusia.

-Dipetik dari Dr. Juanda Jaya

Tony Blair Akui Al-Quran Kitab Progresif

“Bagi saya, perkara paling luar biasa berkaitan al-Quran ialah betapa progresifnya kitab ini. Saya menulis dengan penuh rendah diri, sebagai seorang penganut agama lain. Sebagai orang luar, al-Quran saya anggap sebagai sebuah kitab yang membawa pembaharuan, cuba mengembalikan Judaisme dan Kristianiti ke asalnya, sebagaimana yang cuba dilakukan oleh para reformis kepada gereja Kristian berabad kemudian. Al-Quran bersifat inklusif. Ia menyanjungi sains serta ilmu pengetahuan, dan membenci perkara karut-marut.”
Ini ialah pandangan Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang disiarkan jurnal Foreign Affairs keluaran Januari/Februari lalu dalam artikelnya, A Battle For Global Values. Artikel ini memang baik dibaca mereka yang berminat dalam kajian oksidental kerana memberi gambaran jelas pemikiran seorang pemimpin besar
Barat, khusus berkait Muslim dan dunia Islam.

Sunday, January 27, 2008

GOLONGAN MUFLIS

Assalamualaikum wa rahmatullah...Alhamdulilah, baru-baru ini ana berpeluang mengikuti satu majlis ilmu iaitu Forum Al-Muqarrabin Perdana 2008 yang dianjurkan oleh Jabatan Penyiaran Nageri Pahang pada 15 Januari 2008. Forum tersebut terbahagi kepada dua slot iaitu slot "Golongan Muflis" dan slot "Golongan Tak Malu"...InsyaAllah di kesempatan ini ana ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana dapat dari sana. Tapi untuk kesempatan ini ana just focus pada "Golongan Muflis" shj. InsyaAllah ana akan sambung dengan slot "Golongan Tak Malu" di kesempatan yang lain.


Sahabat sahabiah sekalian...Asal dengar je perkataan MUFLIS, tentu ramai yang terbayang ahli-ahli korporat, hartawan-hartawan, businessmen dll yang bankrup dalam bisnes mereka. Namun hakikat yang perlu diketahui dan difahami oleh semua di sini ialah mereka yang digolongkan dalam golongan muflis ialah:

"Orang-orang yang membawa amal ibadahnya, zakatnya, puasanya, solatnya, sedekahnya dan sebagainya dalam keadaan masa hidupnya di dunia banyak mencaci, memaki, memfitnah dan menumpahkan darah orang lain. Dan di akhirat nanti, amalan-amalannya akan dituntut oleh orang yang telah dianiaya itu sampai habis segala amalan kebaikannya sehinggalah dia pula terpaksa memikul dosa-dosa orang yang dianiaya." (Hadith Shahih)

Justeru itu, hati ana terdetik..."Ya Allah, janganlah Engkau golongkan aku dalam golongan Muflis ini...Wa naudzubillah...Kerana dalam sedar tak sedar telah banyak dosa yang aku lakukan dek kerana kepetahan mulut sendiri yang tak terbendung"...Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tuturkan dalam kehidupan sehari-hari.Ntah-ntah telah banyak hati-hati yang terluka dan berparut kerana pertuturan kita yang tak terkawal. Janganlah kita sekali-kali mengatakan sesuatu yang tak elok kepada orang lain walaupun perkara itu perkara yang benar. Sebagai contoh, kita mempunyai kawan yang gemuk dan disebabkan kegemukannya, kita selalu mengejeknya. Walaupun hakikatnya dia memang seorang yang gemuk, tapi kita tak perlu mengejeknya kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan, ada hikmah di sebaliknya. Dan sekiranya kawan kita itu tersinggung dengan ejekan kita, maka bersegeralah untuk memohon maaf darinya. Tapi sebaik-baiknya elaklah dari menghina, mengejek, mengumpat dan memfitnah kerana sesungguhnya 'Mencegah itu lebih baik dari merawat' dan ingatlah bahawa 'you can fogive, but you can't forget'...
Sahabat sahabiah sekalian, antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita tergolong dalam golongan muflis ialah kerana kita tak menghitung keperluan-keperluan ibadah kita seperti rukun-rukun ibadah, syarat-syarat sah amalan dan sebagainya. Kita melaksanakan ibadah tanpa benar-benar menghayati rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Selain itu, kita juga mudah terpedaya dengan janji-janji manis dan bisikan-bisikan halus Iblis Laknatullah yang sentiasa mengajak kita melakukan perkara-perkara mungkar dan meninggalkan perkara-perkara ma'aruf. Walhal, janji Allah adalah janji yang pasti dan abadi malah Allah jua tidak pernah memungkiri janji. Untuk melindungi diri daripada tergolong dalam golongan muflis ini, kita hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan pakaian indah taqwa kerana firman Allah s.w.t:

"Dan pakailah pakaian taqwa, itulah yang terbaik"

Semoga Allah melindungi kita dan mengawal perbuatan kita agar kita termasuk dalam golongan yang 'kaya-raya dan dermawan' di akhirat nanti...Wallahu ta'ala a'lam...









Friday, January 11, 2008

GANTUNGLAH PENGHARAPANMU PADA-NYA

Assalamualaikum sahabat/sahabiah semua..ape khabar kalian? imannye cmne? semoga antum/antunna sentiasa berada di bawah perlindungan Allah..Pertama sekali ana nak mintak maaf byk2 sebab dah agak lama x update blog ni walaupun peluang untuk mengedit banyak sebenarnya..So, hari ni insyaAllah ana akan berkongsi sebuah doa dengan kalian semua. Semoga setiap kerja yang kita lakukan setiap hari dan setiap ketika mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T...


"Berdoalah kepadaku, nescaya akan ku perkenankan padamu..."




Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku menadah tangan di permulaan pagi hening ini
Untuk menyatakan rasa kesyukuranku padaMu
Kerana diberi peluang untuk terus hidup
Demi mengejar & memperjuangkan cita-citaku
Untuk berbakti ke jalan agamaMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Jadikanlah permulaan hari ini segala kebaikan bagiku
Pertengahan hari ini segala kejayaan bagiku
Dan akhiri hari ini dengan segala pencapaian bagiku
Kau jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam
Setiap pekerjaan hari ini lebih sempurna dari semalam

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Di pagi yang mulia ini
Dengan hati yang jujur dan ikhlas
Aku mengulangi janji & azamku padaMu
Untuk melaksanakan segala tugas & tanggungjawabku
Dengan tekun & rajin serta penuh keyakinan
Aku akan terus berusaha dengan tabah & gigih
Tanpa mengenal jemu untuk memikul amanahMu
Supaya setiap tugasan yang ku laksanakan
Berakhir dengan kejayaan yang cemerlang

Ya Allah Ya Tuhanku...
Berikanlah kekuatan kepadaku
Untuk menempuh segala cubaan & dugaanMu
Sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah
Hanya kepadaMu tempat ku berserah
Lindungilah aku dalam keberkatanMu
Kasihi daku dalam rahmatMu
Jadikanlah usahaku dalam keredhaanMu
Dekatkanlah segala kebaikan untukku
Hindarkan segala keburukan dari hidupku
Curahkanlah segala rahmatMu dalam hidupku
Jauhkanlah segala kedukaan & bala dari hidupku

Ya Allah Ya Rabbal A'lamin...
Di pagi ini jua
Aku menadah tangan memohon restu hanya dariMu
Sesungguhnya aku insan yang lemah Ya Allah
Tak terlepas dari kelalaian & kealpaan
Ampunilah dosa kedua ibu bapaku
Satukanlah mereka dalam syurgaMu
Ampunilah dosa kaum keluargaku, kaum muslimin & muslimat
Sama ada yang masih hidup atau yang telah pergi
Berikanlah aku petunjuk & hidayahMu
Dalam mengharungi hari-hari depanku
Semoga aku sentiasa mematuhi segala ajaranMu
Dan menjauhi segala laranganMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Aku dengan rasa tawadhuk
Memohon perlindungan hanya dariMu Ya Allah
Dari sifat lemah & malas, sifat alpa & putus asa,
sifat penakut & bakhil
dan segala sifat keji yang tidak Engkau redhai
Sebaliknya Ya Allah...
Engkau bersihkanlah hatiku
Tingkatkanlah taqwa & keimananku
Tambahkanlah ilmu di dadaku
Permudahkanlah segala urusanku
Ringankanlah segala bebanan hidupku
Tabahkanlah tekadku, kuatkanlah keazaman & iltizamku
Supaya dapat terus berbakti
Kepada bumi bertuah ciptaanMu ini

Ya Allah Yang Maha Agung...
Sekiranya hari ini adalah hari terakhir bagiku
Biarkanlah segala bakti yang kucurahkan hari ini
Sama seperti bakti yang kucurahkan
Sejak ku dilahirkan hingga ke hari semalam

AMIN YA RABBAL A'LAMIN...