Tuesday, January 27, 2009

Kematian di depan mata

Assalamualaikum w.b.t

Sekarang seluruh pelajar UMP sedang libur(cuti) mid sem. Ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing. Dan ada juga yang pergi bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Namun, saya telah mengambil keputusan untuk tidak pulang pada kali ini kerana perlu menyiapkan beberapa tugasan.

Mati...
Itulah perkataan keramat yang ditakuti oleh sesetengah orang. Malah, ada juga yang langsung tak boleh dengar perkataan tersebut diucap. Namun hakikatnya, kita memang tidak boleh lari bahawa setiap dari kita yang masih bernyawa pasti akan merasai mati. Firman Allah S.W.T:

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya." ('Ali-'Imran: 185)

Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil mengadap Illahi. Namun, segalanya pasti akan berlaku. Mungkin hari ini tak, tapi esok belum pasti. Adakah kita akan dapat lagi menghirup udara segar kurniaan Allah pada hari esok? Adakah kita juga akan dapat menikmati nikmat kemewahan yang tak terhitung kurniaan Allah ini pada hari esok? Ya Allah, janganlah kau cabut nyawaku ketika aku leka atau tersasar.


Pada 25 Jan (Sabtu) yang lepas, seorang pelajar perempuan UMP telah meninggal dunia ekoran terlibat dalam satu kemalangan maut di lebuhraya berhadapan UMP. Kebetulan pada ketika itu saya, En.Nafis, dan dua orang lagi sahabat nak keluar makan. Belum sempat kami keluar dari UMP, seseorang telah menelefon En.Nafis dan memberitahu bahawa seorang pelajar telah mengalami kemalangan di lebuhraya berhadapan perpustakaan baru UMP. Bila kami tiba di tempat kejadian, kami lihat mangsa telahpun meninggal dunia dengan darah merah mengalir dari kepalanya. Dia telah dilanggar sebuah kereta yang datang dari arah Kuala Lumpur - Kuantan.

Marilah kita sama-sama panjatkan doa buat arwah. Moga Allah berikan keampunan dan kesejahteraan kepadanya.

Wahai Tuhan yang berkuasa atas jiwa2...undanglah kami yg berkumpul di sini untuk memohon kedamaian bagi arwah teman kami yg telah pergi dr sisi kami ke tempat yg tidak terjangkau bagi kami kecuali olehMu.
Kumpulkanlah dia di bawah naungan sayapMu, diantara orang2 soleh yg telah dimakamkan di sini & dipersatukan dalam lingkungan jiwa2 yg berbahagia untuk selama-lamanya.
Puaskan dia dgn kenikmatan kekal yg berlimpah & kebahagiaan. Gembirakan dia dalam taman Eden dgn kemuliaanMu.
Biarkanlah dia memandang keagunganMu di antara orang2 kudus & murni yg bersinar seperti surga tanpa awan.
Biarkanlah dia tinggal dengan tenang dalam ketentraman & kedamaian agar dia bersinar dalam cahaya abadi.
Angkatlah dgn hormat bersama dgn jiwa2 yg saleh yg duduk di tangga tahtaMu.
Tuntunlah dia ketengah-tengah diantara mereka yg berdiri di hadapanMu.
Kami berdoa dalam namaMu, kami bersandar dgn janji2 yg telah Engkau ucapkan kepada kami.

Amin.

Itulah sekadar cerita ringkas yang dapat saya kongsikan bersama. Namun bukanlah peristiwa ini sebenarnya yang saya ingin tekankan, tapi pengajaran di sebalik peristiwa tersebut. Banyak sebenarnya pengajaran yang dapat kita kutip daripada peristiwa ini. Senang je Allah nak ambil nyawa seseorang. Bila-bila masa je Dia boleh lakukan. Tidak kira samada kita bersedia ataupun tak.

Bila renung balik, saya cuba 'relate'kan dengan diri saya sendiri. Bagaimanalah agaknya kesudahan hidup saya kelak. Adakah akan mengalami nasib yang sama seperti perempuan itu ataupun lebih teruk dari itu bahkan mengaibkan. Terutama apabila teringat yang kita ni mudah tertipu dengan syaitan. Adakalanya kita tersungkur dan adakalanya kita kuat. Namun, bagaimana kalau kita meninggal ketika kita tersungkur dengan melakukan maksiat serta perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat sedangkan sebelum ini kitalah yang bersemangat bercakap serta bekerja untuk Islam. Naudzubillah...mohon sangat2 dijauhkan dari perkara sedemikian.

Mati tak mengenal masa, tempat mahupun keadaan. Bila Allah kata 'kun' maka meninggallah kita di situ dan ketika itu. Justeru itu, marilah kita sama-sama muhasabah serta perbaiki diri ke arah yang lebih baik serta terus istiqamah di jalan Allah mengikut syariat yang sebenarnya. Kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat, tinggallah segala perbuatan maksiat yang sedang kita lakukan. Mohon taubatlah kepada Allah ketika masih berkesempatan. InsyaAlah, Allah itu Maha Menerima Taubat dan Maha Mendengar. Tidak rugi sedikitpun jika kita sentiasa mematuhi syariat Allah S.W.T...

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami terlupa atau kami tersalah.
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup untuk kami
memikulnya. Maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka bantulah kami terhadap kaum yang kafir". (Al-Baqarah:286)

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri
petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu;
sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)". (Aali Imran 3: 8)

Inilah perkongsian yang saya rasa patut dikongsi bersama. Semoga Allah sentiasa berikan hidayah kepada saya dan sahabat-sahabat di luar sana. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..


3 comments:

Anonymous said...

salam..saya rasa artikel yang anda tulis ni tidak sepatutnya ditulis la..sebab pe???sbb org tu sy knl...kite x sptutnye memburukkn org tersebut..walaupun sedara x tulis nama org tu, tp mmg jelas la warga ump ni knl sape org tu..mmg niat sedare ni baik, tp pertimbangkan la..

Muzaffar Saifuddin said...

thanks sedare...atas nasihat sedare n org yg sepatutnya,sy dah tiadakan dah crite sebelum kemalangan 2 berlaku. moga Allah Ta'ala merahmati arwah. syukran kathira...

Anonymous said...

subhanallah.. akak baru je tau tentang perkara ni drp kawan akak kat ump.. semoga arwah tenang di sana... amin..
-kak ummi