Wednesday, March 24, 2010

Pesanan Buat Diri


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini sepi dari sebarang post selepas Ramadhan yang lalu, sekarang ia tampil dengan sebuah perkongsian sajak untuk dikongsi bersama. Sajak yang menjadi motivasi dakwah bagi diri penulis sendiri. Semoga ianya bermanfaat buat semua pembaca...

Fitrah kedhaifan manusia, sekejap baik sekejap tidak. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Alhamdulillah, dengan tarbiyahlah penulis masih dapat bertahan walaupun terkadang banyak mehnah dan onak duri datang membadai...tapi itulah FITRAH kejadian manusia...

Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadaMu yang masih menyayangiku dan masih memimpinku di jalan dakwah dan tarbiyah yang sangat aku sayangi ini...kekalkanlah aku dalam rahmat dan kasih sayangMu sehingga ajal datang menjemputku...

Shahir,
Janganlah diulangi kesilapan-kesilapan yang lalu
Kerana kau telah banyak melakukannya pada hayat yang lalu
Kerana diri ini khuatir Allah akan jemu
untuk memberikan hidayahNya lagi kepadamu
usahlah menoleh ke belakang lagi
biarlah yang berlalu itu menjadi pedoman hidupmu
pandanglah ke depan
dan hayunkanlah langkah majumu segagah sang pejuang
yang sentiasa siap untuk menabur bakti pada agama tercinta
bukankah kau juga mengimpikan syahid
seperti syahidnya para syuhada
yang mungkin sedang bergembira
dengan nikmat syurga yang dijanjikan Allah kepada mereka.

Ayuh Shahir,
Bukankah kau ingin menjadi pemuda sehebat Muhammad Al-Fatih?
Yang Berjaya menguasai kota Constantinople
pada umur yang masih muda
dengan kreativiti yang luar biasa…
Bukankah kau ingin seperti Muzaffar Saifuddin Qutuz?
Yang berjaya mengembalikan maruah ummat Islam
Dalam kisah peperangan Ain Jalut…
Bukankah kau ingin seperti Salahuddin al-Ayubi?
Yang berjaya mengalahkan tentera Salib Kristian
dan membebaskan kota barakah Palestina tercinta…
Bukankah kau juga ingin seperti Sohibul Naqab?
Yang sangat ikhlas menyumbangkan bakti kepada Allah
Sehinggakan menitis air mata bila terkenangkan kisahnya…
Jadikanlah kisah-kisah mereka ini
Sebagai motivasi dakwah dalam dirimu…

Justeru Shahir,
Bangkitlah…bangkitlah dengan semangat yang luar biasa
Hayatmu bukannya lama di dunia ini
Jangan sampai bila ajal menjemput
Barulah kau ingin menyesal
Dan kembali mencari Penciptamu Yang Maha Agung…
Seperti kisah-kisah ummat yang terdahulu
yang kononnya ingin berbakti kepada Allah
sekiranya mereka diberikan peluang untuk hidup semula…

muzaffar saifuddin
22 March 2010
9.30p.m
UMP




1 comment:

joegrimjow said...

hoho
jupo ore skapung sini
;)