Saturday, September 5, 2009

Indahnya Ramadhan




Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah wa syukru lillah atas segala limpah kurnia yang telah Allah berikan kepada kita. Masih lagi diberi nikmat iman, islam dan ihsan. Juga nikmat kesihatan, pancaindera dan lain2 yang tak terhitung banyaknya.Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam golongan yang mendapat rahmat dan keredhaan Allah swt.

Alhamdulillah juga, kerana kita masih lagi sempat berada di dalam bulan yang penuh barakah, bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan serta bulan yang dibuka seluas-luasnya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka iaitu bulan Ramadhan al-Mubarak 1430H.Marhaban ya Ramadhan...

Subhanallah, sedar x sedar, rupa-rupanya hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa.Memang agak lama blog ini sunyi daripada posting terbaru. Hurm...memang sem last ni sem yang sangat sibuk. Banyak benda yang perlu disettlekan. Final Year Project, Project 3P, project EIA, Foundation etc...hingga x dapat saya nak update. sekadar melihat shj kalau2 ada new komen dll. Alhamdulillah, sekarang ada sedikit ruang untuk saya terus menulis dan menulis sebagai perkongsian untuk makananan ruhi kita, insyaAllah.

Rupa-rupanya telah berlalu satu fasa di dalam bulan Ramadhan iaitu fasa Rahmat. Rupa-rupanya kita juga telah berada di dalam fasa kedua iaitu fasa keampunan. Namun, dalam terus melangkah dalam fasa kedua, kita seharusnya muhasabah kembali diri kita, apakah sudah cukup amalan kita semasa fasa pertama??? Bagaimana dengan tadarrus kita? Qiam kita? Sedekah kita? Muhasabah, munajat dan doa kita??? Apakah kita layak untuk mendapat keampunan Allah di dalam fasa kedua??? Subhanallah, semoga Allah sentiasa terima amalan kita.

Madrasah Tarbiyah Ramadhan

Tiada kata yang dapat diungkapkan untuk menyatakan betapa syukurnya kita kerana masih lagi dipilih sebagai 'pekerja' untuk menyiapkan 'projek mega tahunan' untuk tempoh 11 bulan yang akan datang. Ya!!! Ramadhan adalah satu projek mega dari Allah. Bersyukurlah juga kita kerana diberi peluang selama sebulan untuk kita sama-sama perbaiki diri serta terpilih memasuki madrasah tarbiyah Ramadhan untuk memastikan diri kita menjadi insan yang bertaqwa bukan setakat bekalan pada bulan Ramadhan sahaja, tetapi sebagai bekalan untuk 11 bulan yang mendatang.

Para ulama' menyifatkan bahawa Ramadhan adalah sebagai satu madrasah (sekolah), madrasah mutamayizah (sekolah elit/bestari) serta sebagai kedatangan rabi'ul abrar (musim bunga) untuk menggambarkan betapa indahnya Ramadhan dan betapa bersyukurnya sekiranya terpilih berada di dalam Ramadhan. Semua orang tahu setiap sekolah mempunyai matlamat, sistem seta kurikulumnya tersendiri. Begitulah juga dengan madrasah Ramadhan.

Kurikulum yang dicipta adalah khusus bagi melahirkan graduan-graduan yang bertaqwa kepada Allah SWT. Sekolah rendahnya ialah Islam manakala menengahnya pula ialah iman. Kemudian, barulah melangkah ke menara gading taqwa. Sekiranya berjaya, maka lahirlah golongan 'muttaqin'seperti firman Allah SWT:

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah:183)

Puasa bukanlah alasan untuk kita bermalas-malasan tetapi ia merupakan peluang untuk kita meningkatkan jiddiyah dan keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Untuk menjadi golongan bertaqwa, sepatutnya tiada alasan lagi untuk kita bermalas-malasan. Malah, ia juga merupakan peluang untuk kita menjana 'mitokondria ketaqwaan' serta memanfaatkan semaksima mungkin tenaga keimanan yang dihasilkan sebagai bekalan makanan ruhi dan jasadi kita dan seterusnya menjadi nukleus yang mengawal istiqamah kita pada hari-hari yang seterusnya.

Puasa juga dapat memberikan faedah kepada ruhiyah kita. Kerana dengan berpuasa kita dapat mendidik kesabaran bukan setakat sabar menahan lapar dan dahaga tetapi sabar juga menahan diri daripada sifat-sifat yang tercela yang dilarang oleh Allah SWT. Hebatnya Ramadhan...Sehinggakan seorang yang amarah boleh jadi lemah jika memikirkan diri sedang berpuasa. Justeru, akan lahirlah ummah yang harmoni dan bersatu padu. Subhanallah!!

"Allah said: 'Every action of the son of Adam is for him except fasting, for that is solely for Me. I give the reward for it.' The fast is a shield. If one is fasting, he should not use foul language, raise his voice, or behave foolishly. If someone reviles him or fights with him he should say, 'I am fasting,' twice. By the One in whose hand is the soul of Muhammad, the [bad] breath of the one who is fasting is better in the sight of Allah on the Day of Resurrection than the smell of musk. The one who is fasting is happy at two times: when he breaks his fast he is happy with it, and when he meets his Lord he will be happy that he has fasted." (HR: Ahmad, Muslim, an-Nasa'i).

Rasanya cukup dulu posting ni setakat ni. Banyak lagi yang ingin dikongsi. InsyaAllah, saya akan update lagi jika berkesempatan di lain masa. Mudah-mudahan kita semua berjaya bergelar sebagai graduan muttaqin serta beroleh piala taqwa daripada Allah SWT.

"Jadilah kamu manusia Rabbani bukannya manusia Ramadhani" yang berpuasa kerana tradisi mahupun sekadar ikut-ikutan seperti buih-buih semasa banjir. Bila banjir surut, buih-buih pun tiada. Renung-renungkanlah. Wallahu ta'ala a'lam...



No comments: