Tatkala anda ingin memikat hati mad'u, anda harus ingat bahawa anda adalah seorang da'i, bukan seorang ulama atau fuqaha. Tatkala anda berdakwah, anda harus ingat bahawa anda sedang memberikan hadiah kepada orang lain, maka anda harus mempertimbangkan hadiah apa yang kiranya sesuai dan bagaimana cara memberikannya.---
Justeru itu sahabat-sahabat sekalian, kita dapat lihat bahawa sesungguhnya dakwah itu indah dan nikmat bagi orang-orang yang melakukannya. Analogi yang diberikan oleh As-Syahid Hasan al-Banna di atas cukup simple tetapi mempunyai makna yang sangat akbar. Sesungguhnya kekuatan kurniaan Allah kepada kita akan menjadi lebih hebat bila ia dijana daripada pusat janaan tenaga Al-Quran Al-Karim. Wallahu Ta'ala A'lam...