Alhamdulillah, akhirnya ter'update' juga blog ni selepas banyak kali ditanya oleh sahabat2. InsyaAllah pada kesempatan kali ini ana akan berkongsi sebuah filem pilihan yang telah menggamit serta menyentuh lubuk hati ana iaitu filem Sang Murabbi dari Indonesia. Alhamdulillah kerana akhirnya ana berjaya juga memiliki vcd filem tersebut daripada seorang sahabat. Walaupun dah dua kali khatam, namun itu tak bermakna ana takkan menontonnya lagi untuk kali ketiga dan seterusnya. Filem ini merupakan filem islami yang sarat dengan mesej-mesej yang sangat berguna terutamanya kepada mereka yang bergelar seorang dai'e.
Filem ini berkisah tentang perjalanan dakwah Almarhum Ustadz Rahmat Abdullah, aktivis Islam di Indonesia. Cita-cita beliau untuk menjadi seorang guru tidak pernah berubah sejak dari kecil hinggalah dewasa. Sehinggakan setiap kali ditanya orang, apa cita-citanya, dia akan menjawab dengan mantap: menjadi guru! Persepsi positifnya terhadap profesion guru itu kemudian menjadi elemen penting yang menggerakkan seluruh energi hidup Ustadz Rahmat, ketika ia menimba ilmu di pesantren Asy Syafiiyah di bawah asuhan KH Abdullah Syafii. Bakat besar dan pemikirannya yang brilian, menjadikan Ustadz Rahmat dikagumi oleh setiap orang, terutama gurunya, KH Abdullah Syafii, yang menjadikan Ustadz Rahmat sebagai murid kesayangannya
Ustadz Rahmat mula merintis kariernya sebagai guru selulus dari Asy Syafiiyah. Selain di daerahnya, ia juga mengajar di sekolah rendah Islam lainnya di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan. Perjalanan karier yang dipilihnya itu kemudian mempertemukannya dengan guru keduanya, Ustadz Bakir Said Abduh yang mengelola Rumah Pendidikan Islam (RPI). Melalui ustadz lulusan pergururan tinggi di Mesir itu, Ustadz Rahmat banyak membaca buku-buku karya ulama Ikhwanul Muslimin, salah satunya adalah buku Da'watuna (Hasan Al-Bana) yang kemudian ia terjemahankan menjadi Dakwah Kami Kelmarin dan Hari Ini (Pustaka Amanah).
Ustadz Rahmat menggunakan pendekatan yang sangat kreatif bagi membina para pemuda di kawasan perkampungannya di Kuningan. Dengan mendirikan grup teater, para pemuda itu diasuhnya dalam organisasi bernama Pemuda Raudhatul Falah (PARAF) yang menghidupkan masjid Raudhatul Falah di Kuningan dengan kegiatan-kegiatan keislaman.
Pementasan grup teater binaan Ustadz Rahmat ini mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. Salah satunya adalah pementasan berjudul Perang Yarmuk. Pada pementasan inilah, Ustadz Rahmat dan para pemuda PARAF harus berhadapan dengan golongan yang cuba untuk membubarkan pementasan tersebut.
Keteguhan dan ketegasan prinsip yang ada pada beliau tetap terpelihara dengan baik, meskipun beliau harus terlibat dalam wasilah (sarana) dakwah bernama parti. Beliau tetap dikenal sebagai guru ngaji, inspirator kaum muda yang progresif dan berfikiran jauh ke depan. Undangan daurah ke daurah yang lain tetap dihadirinya. Tak ada yang berubah, termasuk ciri khas yang menjadi warisan dari kedua orang tuanya yang mulia: kesederhanaan.
Ustadz Rahmat memang berada di tempat tertinggi parti, serta terpilih pula sebagai wakil rakyat di DPR pusat. Namun, beliau kerap menaiki bas untuk mendatangi sebuah undangan. Beliau kerap dilihat berjalan kaki untuk jarak yang cukup jauh. Tak ada yang berubah, kerana dia benar-benar sedar bahwa langkah itulah yang dimulainya dulu sebagai permulaan di jalan dakwah.
Hingga akhirnya, di sebuah hari yang sibuk dan berat, Ustadz Rahmat merasakah tanda-tanda kesihatannya terganggu. Namun, atas rasa tanggung jawabnya yang besar terhadap amanah dakwah, membuatkan beliau tak begitu mempedulikan tanda-tanda itu.
Ia masih terlibat dalam sebuah syura penting. Lalu, saat adzan berkumandang dan dia beranjak untuk memenuhi panggilan suci itu, dia berjalan ke tempat wudhu. Saat berwudhu, tanda-tanda itu makin kuat, menyerang pembuluh darah di bahagian lehernya. Beliau cuba untuk menyempurnakan wudhunya, namun rasa sakit yang menyucuk-nyucuk kepalanya itu akhirnya membuatkan beliau terduduk.
Disaksikan oleh Ustadz Mahfudzi, salah seorang muridnya, Ustadz Rahmat nyaris terjatuh. Ustadz Mahfudzi cepat memapahnya, lalu cuba menyelamatkan situasi. Tetapi Allah lebih sayang kepada Ustadz Rahmat Abdullah. Innalillahi wa innailaihi raaji'uun...Akhirnya Syaikhut Tarbiyah itu meninggalkan kita dengan senyum yang amat tulus...hujan air mata dari seluruh pelosok tempat mengiringi kepulangan beliau.
Begitulah kisah perjalanan hidup seorang tokoh dakwah yang menjadi kebanggan ummat. Semoga kita semua dapat mengambil ibrah (pengajaran) yang sangat berguna melalui filem ini. Akhirnya, kepada yang masih belum menonton, selamat menonton!! Wallahu Ta'ala A'lam...
3 comments:
Salam...
Bagus filem sang murrabbi tuh..Shahir ade filem dier ke? Kalau ade kiranya boleh pinjam..hehe
Hmm, nice blog..Please do visit my blog at alputatani.blogspot.com
salam...
same2... ade tak citer ni?
kongsi2...
erti hidup pada perkongsian... hehe
ada...nnt ana bg. tp skrg dah ada org pinjam...
Post a Comment